Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Pujuk Hati Bina Hidup Baru

Pujuk Hati Bina Hidup Baru


Memang sukar memujuk hati untuk menerima kenyataan diri sudah ditinggalkan sama ada baru putus cinta, sering ditinggalkan kekasih atau berpisah dengan suami.

Berikut sedikit panduan untuk wanita yang ingin melupakan saat memilukan bersama bekas kekasih selama-lamanya.

  • Kesedaran amat penting. Sedarlah anda dan si dia bukan lagi teman yang pernah berkongsi perasaan. Bukan bermakna anda harus melupakannya terus, tetapi berfikir dengan wajar supaya ia tidak mengganggu perhubungan dengan kekasih atau suami anda kini.
  • Jaga sikap. Jika anda berhadapan dengannya, pamerkan sikap sewajarnya.
Jika anda tersalah tingkah mungkin si dia salah mengerti. Jika bekas kekasih mengajak ke sesuatu tempat, jangan terima ajakannya dan itu harus sampai ke pengetahuan kekasih baru atau suami anda demi kebaikan kedua-dua pihak. Elakkan ke tempat yang pernah menjadi kenangan anda bersamanya.

  • Perkenalkan suami atau kekasih anda. Jika berkesempatan berbicara dengan si dia, jangan menyentuh perkara atau masalah lalu, tetapi berbual mengenai keadaan dan kehidupan sekarang.
Sesekali pamerkan pasangan anda, tetapi bukan bermaksud untuk membandingkan dengan si dia melainkan untuk menunjukkan bagaimana kehidupan anda kini.

  • Tunjukkan kebahagiaan anda. Ketika ini anda bahagia dengan suami atau kekasih baru, ceritakan apa yang dialami atau pernah dikongsi bersamanya.
Jangan biarkan bekas kekasih berfikir anda lemah setelah ditinggalkannya. Dalam pada itu, jangan menganggap bekas kekasih itu sebagai musuh, tetapi mungkin dia boleh jadi sahabat terbaik dan hadkan hubungan dengannya.

Secara tidak langsung, hormati kekasih atau suami kerana anda layak memperoleh, merasakan dan memiliki cinta yang baru.

  • Hapus kenangan bersamanya. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan, gambar berdua mahupun hadiah pemberiannya.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya termasuk pesanan ringkas (SMS) atau pesanan suara di telefon daripadanya.

  • Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.
  • Berhenti membandingkan. Sikap anda yang suka membandingkan si dia dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama sehingga sanggup menggunakan pelbagai macam alasan.

  • Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan (jika belum dimiliki).
Bagaimana harus menjalani hari mendatang tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas itu akan hilang dengan sendirinya. Malah anda harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

  • Rakan pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah sudah dilakukan untuk melupakannya, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah itu kepada rakan yang boleh dipercayai dan jangan menyimpannya di dalam hati. Takut anda pula yang merana. Sedikit sebanyak, ia mungkin dapat menghilangkan kehadiran si dia daripada kotak fikiran.























0 Komen:

Post a Comment