Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja

Salam semua…


Dah Tengahari nih mesti korang nak release tension kerja, haaa ade lak Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja.

p/s : saya masih dalam mood bercuti..hehe...masih di kampung..Penang Mali
 Cerita 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2


Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 3


3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 4


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Cerita 5


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 6


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Cerita 7


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



Lawak Budak Sekolah

Lawak 1


Lawak 2


Lawak 3


Lawak 4


Lawak 5


Lawak 6


Lawak 7





Alahai Si Buta IT


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?
User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.
Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?
User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
Microsoft: Hilang?
User: Ya, ia hilang.
Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?
User: Kosong, tak ada apa-apa.
Microsoft: Tak ada apa-apa?
User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.
Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?
User: Macam mana saya nak tau?”
Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?
User: Apa tu si-perom?
Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?
User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.
Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?
User: Monitor tu apa?
Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?
User: Saya tak tahu.
Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?
User: Rasa-rasanya.
Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.
User: Yaa, terpasang.
Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?
User: Iya ke?.
Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.
User: Okay, jumpa dah.
Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.
User: Alamak tak sampai laa.
Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?
User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.
Microsoft: Gelap?
User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.
Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh? Kenapa?
User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.
Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?
User: Ada… saya simpan kat dalam almari.
Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.
User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?
Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.
User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?
Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.






Lawak : Mengapa Perlu Kahwin?

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.


"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.


"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.


Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.


Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.


Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.


"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.


"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.


Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.


"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!". Kata Udin dengan girang.


"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.


"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.


Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,


"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"





Lawak : Kisah Arnab Yang Nak Bunuh Diri

Komik strip yang simple tapi sangat kelakar. Kisah arnab yang nak bunuh diri. Banyak cara yang menarik dan unik yang arnab ni buat untuk bunuh diri. Sila jangan contohinya heheh....


slumber je stapler ekor anjing tu.. hahaha memang nak mati



mati di kaki kerusi.. ~tragis~



rilex je tunggu masa nak mati..



menumpang mati orang lain.. =.="



cuba carik mana arnab tu haha



mati di lightsaber..



relax je nak pi pecahkan akuarium ikan jaws



confirm ramai yang buat countdown saat kematian rabbit ni semua



semangat tu nak bunuh diri punya pasal



Arnab yang nak bunuh diri 11



Arnab pon tau la merokok boleh membunuh.. hohoho



pergh siap guna mesin teleport nak bunuh diri



sila jangan tiru aksi ini.. hohoho



semangat tu siap tunggu stalaktit jatuh



pergh berani sungguh.. boleh mencetuskan perang galaksi ni



adeh.. kreatif tak bertempat la ko ni



hahah giler detail perancangan ko



hahaha confrim mati terbakar.. pergh ko korban diri jadi sate kan bagus..



haha boleh mati ke macam ni?



hahaha memang carik pasal..



boleh pulak main tumpang2 mati.. =.="



hahahah fikir apa yang arnab ni ukur sebenarnya..
hahaha macam mana? kelakar? kalau sudi sila la share pada rakan-rakan… Diingatkan sekali lagi, jangan tiru aksi ini semua.. hehehe....


Contoh Resume

Anda pening nak buat resume? Anda boleh lihat contoh resume yang pastinya tak dapat kerja

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)

Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja

!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
XX Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

p/s: jangan buat resume mcm nih....