Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Sombong?

Sombong?


Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat Petang untuk semua,
Salam Satu Malaysia untuk semua warganegara,
Harap semuanya sihat sejahtera....


Allah berfirman dan maksudnya :


“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf :ayat 146)


Astaghfirullahalazim,Semoga aku dijauhkan daripada menjadi org yg sombong,samada terhadap Allah S.W.T ataupun sesama mahluk di muka bumi ini.


Sombong terbahagi kepada dua iaitu :-


- menolak suatu kebenaran dan membanggakan,
- melebih2kan kemampuan diri sendiri serta remeh terhadap kemampuan orang lain.


Besarkah faedahnya menjadi seorang yg sombong? tp apa yg saya pasti,menjadi org yg sombong adalah satu kerugian yg besar.Pernahkah kita terfikir samada kita ini tergolong dalam golongan yg sombong ataupun tidak?


”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman.ayat 18)


Dengar tu,Sesungguhnya Allah tidak suka akan org2 yg sombong dan juga yg sering membanggakan diri sendiri.Jangan kita menjadi seperti Iblis,ini kerana Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam.Iblis beranggapan Nabi Adam tidak layak disembah kerana Nabi Adam dijadikan daripada tanah sedangkan Iblis dijadikan daripada api.


Apa yang paling keji ialah sombong terhadap Allah S.W.T sepertimana yang telah tercatit di dalam Al-Quran,Betapa sombongnya Namrud kerana dia ingin memerangi tuhan,dan betapa angkuhnya Firaun kerana dia mengaku bahawa dirinya sebagai tuhan.


Disini,saya selitkan sedikit ciri - ciri orang yang sombong :-


1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Payah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang bawahannya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, pandai, glamour,
dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Terasa dirinya cukup hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Cukup susah untuk melafazkan maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.



Andainya kita tergolong dalam ciri - ciri yang telah di nyatakan itu,sedarlah kalian bahawa kita di dalam kemurkaan-Nya



Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

0 Komen:

Post a Comment