Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Teknik Cepat Naik Pangkat

Teknik Cepat Naik Pangkat


Ingin karier cepat meningkat?

Buatlah boss anda ‘nampak’ anda. Bukan hanya bermuka manis depan boss, bodek dengan mengangkat laptop boss, mencuci kereta boss dsb..

Ada cara smart untuk memenangkan hati boss anda.

1. Tepat

Datanglah tepat pada waktu setiap hari kerana tanpa anda sedar boss anda selalu memantau anak buahnya yang sering lewat.

2. Inisiatif

Jika ada projek yang ditugaskan oleh atasan, jangan menunggu orang lain yang buat dahulu. Inisiatiflah untuk bertanggung jawab atas projek tersebut untuk menarik perhatiannya.


3. Ambil bahagian

Jika ada beberapa masalah yang timbul semasa brainstorming atau meeting, jangan malu berkongsi idea. Meskipun tidak sempurna, tapi tetap saja boss akan melihat peranan dan betapa aktif anda.

4. Aktif

Jangan terburu-buru meninggalkan pejabat setelah tamat waktu kerja. Belajarlah dengan beberapa program profesional yang berhubungan dengan pekerjaan anda. Ini akan membantu skill anda dalam bekerja. Apalagi jika program profesional diadakan di pejabat dan anda mengikutinya, anda akan dinilai sebagai pegawai yang aktif oleh atasan.

5. Menjaga sikap

Selalu menjaga sikap positif dan ceria, walaupun ketika rakan lain nampak tidak bersemangat dan boring dengan kerja. Tunjukkan keoptimisan anda di sekeliling rakan kerja, ini membuat anda terlihat berbeza dari pekerja lain di mata atasan anda. Jangan menolak kerja yang diarahkan boss anda.




0 Komen:

Post a Comment