Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Insuran Tidak Penting Buat Lelaki ?

Insuran Tidak Penting Buat Lelaki ?

Golongan lelaki, terutamanya yang telah memiliki keluarga sendiri perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai perkara tidak dijangka.

Ia termasuklah perkara buruk seperti kemalangan dan kematian. Pengambilan insurans nyawa adalah satu contoh langkah bijak yang boleh mereka lakukan. Namun begitu masih ramai lelaki yang masih teragak-agak mengambilnya.


Mengapa ya? Adakah mereka menganggap ia tidak penting? Ketahui pendapat beberapa orang lelaki berkaitan perkara ini.


Satu Keperluan

"Mengambil insurans adalah perlu. Menurut hadis Riwayat Bukhari & Muslim orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta-minta.

"Segala musibah serta kematian tidak dapat dielakkan. Memang mulut senang bercakap bantuan boleh diperolehi dari mana-mana tapi setiap janji tidak mudah dikotakan," demikian kata Mohd Zulkiffli Mohd Nur, Konsultan Insurans, Great Eastern Life Assurance (M) Berhad.

Sekurang-kurangnya ada pampasan

"Ia penting sebab semua yang diperlukan oleh waris pada ketika ini memerlukan keperluan kewangan. Paling penting dari segi pendidikan, keperluan sara hidup dan bekalan untuk waktu kecemasan. Malang tidak berbau, sekurang-kurangnya ada juga pampasan dan bantuan masa kecemasan," kata Azrul Abu Bakar, Penjawat Awam, Nilai, Negeri Sembilan.


Perlindungan untuk ahli keluarga

"Sebagai ketua keluarga, lelaki adalah individu penting dan perlu mendapatkan perlindungan insurans. Malang tidak berbau. Insurans bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, tetapi ia jalan terbaik untuk jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati oleh ahli keluarga sendiri." ujar Hazid Halim, Konsultan Pendidikan, Kuching Sarawak.

Kurang fikir kerana dilindungi insurans syarikat

"Bagi lelaki makan gaji, biasanya, mereka kurang memikirkan pasal insurans nyawa kerna mereka dilindungi oleh insurans kelompok syarikat tempat mereka bekerja (sekiranya ada) atau mungkin juga kerana pendapatan terhad. selain tu, mereka turut dilindungi dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP1969) yang dikuatkuasakan oleh PERKESO.

Bagi yang bekerja sendiri, keperluan kepada insurans bagi perlindungan diri dan keluarga adalah penting kerana mereka memiliki perniagaan mereka sendiri yang mana keputusan untuk memiliki perlindungan insurans terletak ditangan mereka," terang Zaihasrul Bin Ismail, Penjawat Awam PERKESO, Kuala Lumpur.


Sumber rujukan : Mingguan Wanita Bulan Jun 2011

Pada pandangan saya insurans nyawa buat masa kini adalah satu keperluan yang penting bagi seorang lelaki lagi-lagi apabila sudah mempunyai tanggungjawab sebagai bapa serta  suami kepada isteri dan anak-anak.

Jika diberi keutamaan untuk membeli polisi insurans samada untuk diri sendiri, isteri atau anak.. keutamaan adalah kepada diri sendiri yang merupakan ketua kepada keluarga. Andai kata malang tidak berbau berlaku kepada diri kita.. sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan pampasan yang kita tinggalkan untuk orang yang kita sayang.

Sudahkah anda menyediakan bekalan untuk orang yang anda sayangi apabila ada sudah tiada nanti?


Dapatkan Ilutrasi Plan Takaful Ikhlas PERCUMA dari saya. Maklumat yang diberikan di sini membantu saya untuk memberikan cadangan plan yang bersesuaian dengan keperluan kawan2. Individu yang berbeza memerlukan plan perlindungan yang berbeza.. KLIK DISINI





0 Komen:

Post a Comment