MARI MENYIMPAN SAMBIL MENGUTIP PAHALA - Jika anda menyimpan RM150.00 sebulan TETAPI berapa lama ianya akan menjadi RM50,000 atau lebih? Terutamanya disaat anda memerlukan. Di TAKAFUL IKHLAS walaupun anda baru menyimpan selama 3 bulan, kami menyediakan dana tersebut dengan adanya konsep "TABARRU". ANDA SIHAT TETAPI PESERTA LAIN DITIMPA MUSIBAH, ANDA YANG AKAN MEMBANTU MEREKA DAHULU..Esok lusa mungkin anda pula dibantu oleh peserta yang lain pula. Siapa tahukan...JOM KITA KUTIP PAHALA SAMBIL MENYIMPAN!!
Pelan Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan insurans di dalam bentuk simpanan berlandaskan syariah. Ini bermaksud, apabila anda menyimpan bersama TAKAFUL IKHLAS, anda akan memperolehi SIMPANAN + PERLINDUNGAN. Ianya berbeza dari mana-mana pelan insurans yang terdapat dipasaran terutamanya dari insurans konvensional. Dari segi pengurusan kewangan, insurans konvensional terdapat unsur-unsur riba, maisir dan gharar yang mana ketidakpastian wujud di dalam insurans konvensional tersebut. Namun di TAKAFUL IKHLAS, konsep wakalah (perwakilan) dan taawuni (tolong menolong) diamalkan.
TAKAFUL IKHLAS ditadbir oleh Majlis Pengawasan Syriah. Namun kebanyakan syarikat insurans konvensional yang terdapat dipasaran, tidak mempunyai Majlis pengawasan Syariah. Biasanya mereka hanya menubuhan satu unit kecil yang bertindak sebagai badan penasihat syariah diaplikasikan oleh mereka.
Fungsi Majlis Pengawasan Syariah ialah mengawal selia semua proses keluar masuk wang ke dalam akaun TAKAFUL IKHLAS adalah 100% tanpa unsur syubhah dan riba, dan perniagaan ini dizakatkan. Berbeza dengan syarikat konventional yang lain dimana perniagaan mereka tidak dizakatkan dan badan/unit penasihat hanya bertindak sekadar menasihati badan pentadbir. Terpulang kepada syarikat tersebut sama ada mahu mengikuti nasihat-nasihat itu oleh lembaga pengarah insurans tersebut. Dari segi nama pun sudah berbeza iaitu Mengawasi dan Menasihat.
Insurans konvensional terdapat unusr-unsur riba dimana sebagai contoh:
Anda membayar polisi RM150.00 sebulan dalam insurans konvensional selama 35 tahun tempoh matang. Di dalam jangka masa tersebut anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan, dan apabila sijil ini matang, polisi yang anda bayar pada setiap bulan tersebut tidak akan dipulangkan wangnya 100%.
Terdapat perbezaan di TAKAFUL IKHLAS kerana apa yang anda carumankan pada setiap bulan akan dikembalikan wangnya 100% berserta keuntungan syarikat. Sekiranya pencarum tidak pernah membuat sebarang tuntutan atau pun pernah buat tuntutan sekalipun yang tidak menamatkan polisi (penyakit kritikal), wang yang pencarum akan dipulangkan 100% bersama dengan unjuran keuntungan syarikat selama mana tempoh polisi tersebut.
Sebagai contoh sekiranya anda berumur 25 tahun perempuan dan membuat simpanan RM150.00 selama 35 tahun dengan PERLINDUNGAN ASAS RM70,000 :
Nilai simpanan pencarum setelah 35 tahun berserta keuntungan dari TAKAFUL IKHLAS ialah sebanyak RM107,427 (anggaran dari 100% simpanan + ~71% keuntungan= ~171% keuntungan). PERLINDUNGAN ASAS adalah nilai pampasan yang akan dibayar oleh pihak TAKAFUL IKHLAS sekiranya berlaku:-
1 NATURAL DEATH (kematian biasa), pampasan yang akan dibayar kepada pencarum ialah: (RM70,000 + simpanan terkini + Khairat kematian RM3,000).
2 ACCIDENTAL DEATH = RM65,229 (pampasan ini akan dibayar sekiranya kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Jumlah pampasan yang waris pencarum akan perolehi sebanyak (RM65,229 + RM70,000 + simpanan terkini + RM3,000). Jumlah pampasan ini akan dibayar sepenuhnya walaupun pencarum baru menyimpan selama seminggu bersama TAKAFUL IKHLAS. Jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah hampir RM240,000!
3 CRITICAL ILLNESS = RM50,000 (pampasan ini akan dibayar kepada anda sekiranya dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab penyakit kritikal - 40 PENYAKIT KRITIKAL) . Namun, surat doktor sebagai pengesahan diperlukan.
4 IMMEDIATE DEATH EXPENSES = RM3,000 (khairat kematian yang akan dibayar 24 jam kepada waris bagi memudahkan pengurusab jenazah).
5 HOSPITAL ALLOWANCE = RM100 SEHARI (Elaun hospital sebanyak RM100.00 sehari akan dibayar selama 365 hari (RM36,500) yang mana minima 6 jam peserta dimasukkan ke hospital ).
Sekiranya tidak berlaku sebarang musibah (kematian ataupun lumpuh) sehingga berumur 60 tahun, duit simpanan anda akan di pulangkan sebanyak 171% (beserta keuntungan syarikat)
Ikhlas Saving Takaful ini kadarnya murah apabila umur pencarum masih muda serta ianya Islamik, terjamin simpanannya dan telah dizakatkan. Oleh itu wang caruman ini bersih dan mempermudahkan pencarum untuk menunakan fardhuHaji.
Jika Anda berminat, saya boleh uruskan temujanji. sekiranya jauh kita boleh berurusan secara online dan saya boleh poskan borang untuk sign up.
KLIK SINI (Blog) @ KLIK sini (Facebook) Untuk Dapatkan Ilutrasi Plan Takaful Ikhlas PERCUMA dari kami.Maklumat yang diberikan di sini membantu kami untuk memberikan cadangan plan yang bersesuaian dengan keperluan anda semua. Individu yang berbeza memerlukan plan perlindungan yang berbeza..
0 Komen:
Post a Comment