Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Duhai Hawa

Duhai Hawa


‘Aduhai Hawa..
Pabila tiba masanya,aku pasti berlari mendapatkanmu,
Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,
Yang setenang air di muara kasih,
Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan..

Wahai hawa,
Bila gerimis menyelimuti pawana ,
Petir menjalar dilangit hitam,
Dan bila sengsara datang bertandang,
Bermunajatlah dengan penuh kehambaan,
Agar syadahmu kukuh bertautan…

Bersabarlah Hawa,
Kerana kesabaran itu seindah mutiara,
Tercipta di dasar lautan,
Walaupun sebesar mana gelombang mendatang,
Sinarnya tetap gemilang,
Dan begitulah hakikatnya sabar,
Yang pasti menyelamatkanmu dari
kewarasan dari hilang…

Sungguh wahai hawa,
Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,
Kerana wajahmu penuh rahsia,
Kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang,
Pada Maha Esa,
Menjadikan lidahku kelu berkata-kata….'

0 Komen:

Post a Comment