Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Rahsia Khasiat Asid Folik (Khas Untuk Ibu Mengandung)

Entri kali ini saya tujukan buat ibu-ibu mengandung, khususnya buat isteri saya yang kandungannya baru mencecah 3 bulan. Alhamdulillah, semoga tabah menghadapi hari-hari sukar dalam trimester pertama nih. Semoga info mengenai Asid Folik ini berguna buat anda semua.


Rahsia Khasiat Asid Folik

Assalamualaikum….

Semoga semuanya sihat2 saja ya..Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..

Dan.. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..

Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.

Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.


Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut
  • Sakit lidah
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak
  • Anemia.

Kesimpulan

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik


Petua Untuk Berdepan Lelaki Pemalu


1. Anda kena berani memulakan - Walaupun anda wanita, anda mesti berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tidak tahu selama ini anda sukakan dia. Luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Anda perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal - Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, anda boleh meluahkan melalui sms, video call, email, melalui Facebook, atau luahkan melaui video YouTube. Cara ini semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda buat cara ini, pasti si lelaki kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa anda betul-betul suka akan dia.

3. Malu biasanya cuma sementara - Lelaki pemalu (contohnya Pak Ngah) biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ini pemalu sebab mereka kurang biasa dengan anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ini bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta.



Petua Untuk Menjadi Wanita Sempurna Di Mata Lelaki


HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?
Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.

Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:

  • Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  • Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
  • Jujur dan sentiasa merendah diri.
  • Lakukan apa yang dia suka.
  • Pandai menarik minat lelaki.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  • Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
  • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
  • Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah putus asa dan berdikari.
  • Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.
  • Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  • Jadi pendengar setia bukan membangkang.
  • Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
  • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  • Mengetahui tarikh lahirnya.
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
  • Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
  • Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
  • Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
  • Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
  • Jangan perasan anda jelita.
  • Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan.
  • Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
  • Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
  • Jangan bersikap terlalu kuno.
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  • Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.



Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala & Keletihan


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/”breathe- in” and exhaling/”breathe- out”?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it’s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/”heat” and the left side represents the moon/”cold” .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


















Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

-Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

-Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

-Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

-Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

-Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)


TUJUH RAHSIA MENJADI AYAH YANG BERKESAN.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. KenaLpasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, di samping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakaL didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenalpasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti,
dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi
motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta
konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan) ; kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saranan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.
Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahawa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amalan harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.




Bina Peribadi Waktu Makan


Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.

Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."

Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."



























Menghindar Keletihan Ketika Bekerja


ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.

Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

Lakukan aktiviti fizik:

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

SEMOGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!






































Petua Mengatasi Rasa Mengantuk Selepas Makan


Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang.

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini — mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas.

Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang.

Penyelidik juga percaya perkara ini berkaitan dengan penurunan suhu badan yang memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin — proses sama seperti sebelum kita tidur malam, tetapi dalam kuantiti kecil.

Bagaimanapun, jangan salahkan jam atau proses semula jadi badan kerana banyak faktor luaran boleh menyebabkan kita mengantuk selepas makan tengah hari. Antaranya ialah tabiat pemakanan yang banyak memberi kesan kepada badan.

Berapa ramai antara kita bersarapan dengan sempurna? Ingat, secawan kopi atau teh tidak dikira sarapan, walaupun bagi sesetengah orang kopi menjadi penggerak aktiviti harian mereka, tetapi tenaga daripada kopi tidak mencukupi untuk anda kekal cergas.

Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan.

Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori.

Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah.

Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.

Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga.

Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam.

Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.

Sebaik-baiknya, elak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak kerana lemak mengambil masa lebih panjang untuk dicerna dan ia tinggal lama di dalam perut, menyebabkan kita terasa ‘berat’ serta tidak bertenaga.

Untuk tengah hari, antara petua berguna diberi pakar jantung ialah membahagikan pinggan kepada empat bahagian untuk diisi nasi, ikan (sesekali boleh digantikan dengan ayam atau daging), sayur dan buah.

Kaedah ini secara tidak langsung menjadi penanda kuantiti yang boleh diambil untuk setiap sumber makanan. Ini cara mudah untuk anda mengawal pengambilan makanan, terutama bagi yang ada masalah berat badan berlebihan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:

1. Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

2. Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

3. Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

4. Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.

Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

5. Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.

6. Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.



Petua tangani Bosan


Apakah rasa bosan? Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.


Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.


1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.


Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.


2. Jadi Workaholic


Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.


3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!


Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.


4. Rajinkan Diri Beribadah.


Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.



Bagaimana Untuk Mengenali Dan Mengecam Seorang Penipu

Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.



Petunjuk-petunjuk Penipuan

Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.

1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.

2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.

3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.

4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.

5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.

6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.

7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.

8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.

9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.

10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.

11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.

12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.

13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.

14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.

15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.

Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek




Petua Mengasihi Isteri


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin mengatakan 'I Love You'

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

6. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

7. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan mendidik.

8. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

9. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

10. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

11. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.



Petua Mengasihi Suami


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa 'hanya kaulah satu-satunya kekasihku'.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk 'bersama' anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

15. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.




9 Panduan Bapa Menghadapi Saat Kelahiran

Ukiran Cinta™



Entry tbaik buat bakal bapa. Yang belum jd or bakal bapa pun boleh baca entry ni utk persediaan di masa akan datang. Yelah setiap org pasti akan menempuh saat indah itu....betul tak?


Peranan papa di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemani si isteri. Lebih daripada itu, anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menggariskan panduan yang patut anda ikuti untuk bergelar penguat semangat yang paling hebat.


1. Tahu apa yang bakal berlaku


Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentang kelahiran yang bakal dilalui nanti.


Oleh kerana itulah, anda dianjurkan untuk mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. Kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan. Menerusi kelas tersebut anda berduaakan memperoleh pelbagai maklumat asas tetapi sungguh padat untuk dipraktikkan. Langkah ini amat penting untuk anda berdua meluaskan minda agar dapat menghadapi cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya


Oleh kerana itulah, anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlangsung. Jadi, ia dapat memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan menuruti apa sahaja yang isteri mahu anda lakukan demi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda bolehlah mengurutnya di bahagian-bahagian tubuh tertentu menggunakan minyak bayi ataupun minyak aromaterapi.


2. Bersedia untuk melaluinya


Kebanyakan wanita terutamanya hamil sulung perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan. Sesungguhnya, adalah lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui tahap awal proses bersalin di rumah sahaja. Lagipun, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit.


3. Fleksibel


Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Dengan itu, anda dan isteri perlu sama-sama berbincang tentang kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasinya. Gunakan pengetahuan yang telah anda berdua kumpul ketika menyertai kelas antenatal dahulu. Apabila tiba masanya nanti, anda sudah tahu apa yang patut diputuskan. Namun, persiapkan juga mental, fizikal mahupun ekonomi untuk melalui apa jua perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedari.


4. Usah ambil hati


Mana-mana wanita akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamanya di tahap terakhir. Ini kerana kesakitan dan keletihan yang dialaminya membuatkan dia mudah hilang pertimbangan diri. Apatah lagi jika proses itu memakan masa yang sangat panjang. Di awal tahap proses bersalin dia mungkin suka diurut. Namun, ada kemungkinan juga di tahap terakhir, dia beranggapan urutan anda menambahkan kesakitan yang dirasainya. Tanpa disedari dia mungkin bersikap atau berbicara kasar. Jadi, janganlah mudah terasa dengan sikap atau kata-katanya itu.


5. Siapkan keperluan diri


Kebanyakan wanita hamil disarankan untuk mempersiapkan beg khas yang mengandungi pelbagai kelengkapan diri dan bayi bagi menghadapi proses kelahiran sebelum tarikh jangkaan bersalin. Memandangkan anda juga akan bermalam di hospital, jadi apa kata anda sendiri menyediakan beberapa kelengkapan diri sendiri. Contohnya pakaian sejuk, stoking, bantal, makanan ringan dan lain-lain.


6. Bertanya soalan


Tidak semua doktor yang mengendalikan isteri anda sudi menerangkan secara terperinci setiap permasalahan yang dihadapi. Jadi, jangan malu untuk bertanya kepadanya apa sahaja yang mengusutkan fikiran anda. Sekurang-kurangnya, dengan maklumat yang diperoleh, anda dapat membantu isteri untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa apatah lagi jika dia kini tidak lagi punya kekuatan untuk bertanya itu dan ini.


7. Pendorong semangat


Tidak semua wanita hamil kuat dalam menghadapi ujian yang perlu ditempuhinya sepanjang proses bersalin. Jadi, sebagai suami anda perlu terus kuat dan tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat kepadanya. Kekuatan yang ada pada diri anda sangat penting ketika isteri sedang berperang dengan kontraksi dan terutamanya di waktu isteri sedang meneran untuk mengeluarkan bayi.


8. Bantu kekalkan fokus


Praktikkan apa yang telah anda pelajari di dalam kelas antenatal. Bagi menenangkan isteri dan membantunya kekal fokus, anda boleh meminta isteri mengaplikasikan teknik pernafasan, mengubah posisi ataupun anda sendiri boleh menawarkan diri untuk mengurut bahagian tubuh yang tidak selesa.


9. Berterus-terang


Banyak perkara bakal berlaku di dalam bilik bersalin. Ketahui apa yang perlu dan mahu anda lakukan sepanjang proses itu berlangsung. Sebagai contoh, jika anda tidak selesa untuk memotong tali pusat bayi, katakan sahaja anda tidak sudi melakukannya kepada jururawat mahupun doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi anda nanti.


Sumber : Majalah Pa & Ma online

Suka Makan Sardin? Cuba Elakkan



Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup,potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebabkanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali
mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin

Sumber: Yahoo Mail!