Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Oreo T-Card Dunk Your Dad This Father’s Day!

Pihak Kraft Foods Malaysia telah melancarkan kempen 'Daddy Dunk' sempena Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan adanya kempen ini bapa dan anak akan dapat menambahkan lagi rasa kasih sayang di antara mereka.


Bagi melancarkan lagi kempen ini, pihak Kraft Foods Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia, para bapa dan sessi keluarga untuk ke New Wing 1 Utama pada 19 Jun 2011 untuk memeriahkan lagi 'Oreo Daddy Dunk' Day ini. Pelbagai acara menarik telah pun di sediakan untuk sessi keluarga dan juga pemberian tshirt esklusif 'Daddy' di berikan secara percuma.


Selebriti Aaron Aziz dan ahli keluarganya juga akan turut serta pada hari tersebut. Selaku juru cakap Oreo, Aaron Aziz akan berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang ayah kepada 3 orang anaknya.

Di samping itu, pihak Kraft Foods Malaysia juga akan mengadakan 'online' kempen di Facebook yang mana semua rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak akan berpeluang menyatakan rasa kasih sayang mereka terhadap bapa mereka dengan menghantar Oreo T-Card secara virtual.

Apa lagi?? jom create la T-Card untuk bapa korang sekarang.. Nak lagi best jom kita pergi One Utama 19 Jun ni dan bawa keluarga sekali.. boleh kenal-kenal keluarga Aaron Aziz nanti.. hehe..


Klik disini untuk tahu lebih lanjut pasal Father's Day Oreo T-Card Dunk ni!!!




Dan jangan lupa nantikan surprise dari pihak Nuffnang.. Nak tahu apa surprise tu korang kena la tengok page Nuffnang yek...




Fakta Mengenai "Buffered Earning" Nuffnang


Buffered earning (mCPM) merupakan sumber pendapatan yang lumayan daripada Nuffnang. Ramai blogger yang diluar sana terkejar-kejar untuk mendapatkan Buffered Earning. Bak kata hidup seorang blogger, buffered earning merupakan semangat untuk mereka terus menulis dan berblog walking tanpa jemu.

1. Apakah itu buffered earning?

Dikenali sebagai kempen mCPM(metered cost per impression), dimana pembayaran di kreditkan berdasarkan jumlah pelawat ke blog anda.

2. Adakah buffered earning lumayan?

Satu buffered earning boleh mencecah rm200++ untuk satu kempen.semua itu bergantung kepada advertiser untuk membeli jumlah pelawat ke blog anda ( trafik tinggi adalah sangat penting).

3. Berapakah jumlah advertiser membeli pelawat anda?

Bagi blog yang masih baru, kebiasaanya advertiser membeli 100-300 pelawat sehari (berdasarkan purata pelawat blog anda seminggu).

4. Tempoh kempen buffered di blog anda?

Sesetengah kempen buffered boleh mengambil masa lebih dari sebulan untuk berlegar kat blog anda. Tempoh masa yang singkat adalah seminggu.

5. Kenapa kempen buffered tidak menari-nari (tidur)?

Ia menandakan iklan tersebut telah mencapai jumlah pelawat yang dikehendaki untuk sehari (contohnya,apabila advertiser membeli 100 pelawat sehari , maka hanya 100 pelawat yang pertama sahaja boleh melihat iklan anda)

6. Apakah itu metered earning?

Merupakan kempen buffered earning(mCPM) yang telah tamat tempoh dan pendapatan buffered anda akan dikreditkan sebagai current earning.

7. Bagaimana blog terpilih untuk kempen mCPM?

Blog tersebut terpilih berdasarkan kesesuaian blog tersebut terhadap sesuatu iklan.kalau blog anda menceritakan tentang pelancongan ,anda akan mendapat iklan daripada syarikat pelancong seperti airasia, MAS dan lain-lain.kriteria lain seperti kedudukan ads dan sentiasa update survey adalah penting.

8. Adakah semua blog terpilih untuk kempen buffered?

Tidak semua blog terpilih kempen mCPM. Blog tersebut mestilah mempunyai kandungan yang asli dan bukannya daripada sumber parti ketiga(sumber lain). Blog lagu,movie dan artis adalah antara blog yang susah untuk dapat buffered earning walaupun blog jenis ni mendapat beribu-ribu pelawat setiap hari.


AMARAN: Jangan sesekali menukar template ketika buffered earning sedang berlegar kat blog anda .Ia boleh menyebabkan kempen buffered tamat (rugi kan).



Nuffnang Memang Best !!! Alhamdulillah Dengan Rezeki Yang Diberi...



Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi Allah...Terima Kasih Nuffnang ~!!!

Rasanya nih entri pertama saya mengenai nuffnang untuk perhargaan terima kasih yang tak terhingga dengan pendapatan yang diberi selama nih...dah lama makan income dari Nuffnang baru harini nak ucap terima kasih...hampeehh..hehehe


Alhamdulillah bulan lepas dapat 2 Buffered Earning, dah claim pun Cheque tapi belum sampai lagi....(Rujuk Gambar Diatas) hehe....walaupun tak banyak tapi cukup untuk menaikkan semangat saya untuk berblogging share apa2 entri yang saya rasa best dan patut di Share dengan kawan2 semua. Saya mula berkecimpung dengan blog nih sejak awal 2007 tapi start tahun lepas baru berjinak jinak dengan Nuffnang nih..

Sikit2..lama2 jadi bukit...biar kita bermula dari bawah..belajar apa yang patut untuk menaikkan jumlah Traffik blog. Alhamdulillah sekarang telah membuahkan hasil. Walaupun hasilnya takderlah macam blogger2 lain di luar sana yang mampu meraih income Nuffnang sehingga 4 ke 5 angka macam Redmummy dan Ben Ashaari tuh.. Pergh..kalau lah boleh jadi macam diorang. Banyak lagi yang saya kena belajar untuk jadi seperti diorang.

Sebenarnya lepas claim cheque pada 6 Mei aritu saya dah mula slow ngan blog.. dah jarang2 update disebabkan sibuk dengan kerja. Skali skala jenguk Akaun Nuffnang tgk income ZERO..hadoi...takkanlah belum ada lagi income... terus jadi tak bersemangat nak update blog..Bulan lepas laju jer masuk.

Malam tadi sampai jer Opis terus on laptop..Update facebook..mengadu belum ada income dari nuffnang, 5 minit lepas tu buka akaun Nuffnang terkejut jugak saya tgk income dah masuk tunggu untuk claim cheque jer. Gambar diatas adalah income Bermula 6 Mei Sehingga 19 Mei 2011. Kebanyakan Iklan start 1 mei dan ada yang start 7 mei...Alhamdulillah...antara banyak2 iklan.. iklan Nokia Mainstream Smartphones CPC LR yang paling banyak menyumbang iaitu sebanyak RM117.25.

Tujuan saya tunjuk income nih bukan nak riak ataupun menunjuk ka apa.. supaya korang semua lebih bersemangat untuk ber blog.

lastly.. Thank Nuffnang..dan yang paling special thanks kepada semua pengunjung blog dan semua Follower Blog Ukiran Cinta. Thanks juga kepada isteri tercinta yang sentiasa beri sokongan yang tak putus2 dengan minat saya nih. Korang semua memang best.. Thanks yer...

sentiasalah dengan Blog Ukiran Cinta dan Nuffnang...yeaahhh~!!!