Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Rahsia Khasiat Asid Folik (Khas Untuk Ibu Mengandung)

Entri kali ini saya tujukan buat ibu-ibu mengandung, khususnya buat isteri saya yang kandungannya baru mencecah 3 bulan. Alhamdulillah, semoga tabah menghadapi hari-hari sukar dalam trimester pertama nih. Semoga info mengenai Asid Folik ini berguna buat anda semua.


Rahsia Khasiat Asid Folik

Assalamualaikum….

Semoga semuanya sihat2 saja ya..Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..

Dan.. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..

Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.

Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.


Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut
  • Sakit lidah
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak
  • Anemia.

Kesimpulan

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik


Kesan Buruk Jika Kerap Makan Makanan Segera


Makanan segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan benda-benda camni. so aku pun menggoogle untuk mencari kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.




Punca Sakit Kepala

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.


1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

Migrain klasik
Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

Migrain biasa
lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Faktor-faktor Pencetus
  • Stres
  • Corak tidur yang berubah
  • Alkohol
  • Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
  • Cahaya yang terang
  • Kelaparan
  • Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
  • Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
  • Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
  • Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmasi anda
  • Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
  • Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian
  1. Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
  2. Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
  3. Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
  4. Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Berjumpa dengan doktor jika
  • sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
  • Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
  • Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru
  • Belajar untuk beristirehat
  • Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.

Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.





7 Makanan Cegah Batuk & Selsema


Anda sering di serang batuk dan selesema? selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu.

1. SUP AYAM

Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS

Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH

Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
 
4. AIR

Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS

Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C

Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA

Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

Sumber : Dari email




Duduk Lama Di hadapan Komputer Boleh Bawa Maut




Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angina ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.



New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom:
1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan:
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.

Rawatan:

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).