Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tips Berurusan Dengan Lelaki


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1.    Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2.   Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati:
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. 
Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)

Sumber: Halaqah.net




Remaja Hidup Mewah Dengan Menjadi Hacker

Kewujudan hacker semakin lama semakin diperakui. Bahkan Google pernah menjemput para hacker di seluruh dunia untuk menguji produk Chromenya yang konon anti hack.

Banyak cerita-cerita hebat tentang hacker yang berjaya membolosi website2 popular walaupun website2 tersebut dilengkapi dengan sistem security yang tinggi.


Salah satu kisah seorang remaja 19 tahun yang berhasil membolosi website bank-bank sebanyak £ 18m melalui kad kredit (dailymail.co.uk).

Nick Webber yang di dibuang dari sekolah kerana memiliki keperibadian yang rendah dan Dari sinilah awal perjalanan kariernya sebagai hacker.

Menimba kemampuan IT di asrama sekolah Bradfield College, England, Nick memutuskan untuk pindah ke sebuah desa di daerah Berkshire. Dari sini, dia membentuk kerajaan internetnya melalui web GhostMarket.net yang menjadi wadah bagi para hecker internasional berkomunikasi melalui forumnya. Mereka berbagi tutorial cara mengerat situs bank, pemalsuan kad kredit dsb.

Akhirnya Nick yang anak bekas politik ini berjaya membolosi 132 ribu tandatangan di berbagai bank. Dia bekerja sama dengan beberapa kawannya diantaranya Ryan Thomas, Bocah berusia 18 tahun dan Gary Kelly, gadis berusia 21 tahun yang juga seorang ahli pemalsuan kad kredit.


Ketiganya sempat menikmati hasil kegeniusan mereka dengan hidup berfoya-foya di kepulauan Malloca, Sepanyol sebelum akhirnya tertangkap oleh Polis Cyber crime England yang selama ini mengikuti dan menyiasat kes mereka.

Setelah penangkapannya, Nick masih sempat menitipkan pesan kepada para member GhostMarket.net, “Untuk menjadi hacker sejati, kamu harus boleh menjadi Ghost…”. Nick dipenjara 5 tahun atas kesalahannya itu.

Kredit To : borakkosong





Kesan Buruk Jika Kerap Makan Makanan Segera


Makanan segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan benda-benda camni. so aku pun menggoogle untuk mencari kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.




Laptop Pertama di Dunia



Zaman era globalisasi ini, dunia dibanjiri dengan penggunaan laptop dari segenap lapisan umur.Beberapa tahun yang lalu, kebanyakan dari kita hanya mengenali komputer dekstop dengan casing dan monitor yang besar.Namun dengan kecanggihan dunia teknologi yang bergerak pantas,secara majoritinya penggunaan laptop lebih terkehadapan kerana ianya lebih mudah untuk di bawa kemana-mana.

Namun tahukan anda bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan didunia?

Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 .Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh running.

Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.


Penemuan Rangka Manusia Rasaksa Kaum Ad

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?


Penemuan Arkeologi di Kota Iran

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.

Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:


Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)









Hanya Allah Maha Mengetahui

Binatang Yang Dijadikan Perisik Tentera

Seekor burung pemakan bangkai baru-baru ini "ditangkap" di Arab Saudi, dituduh sebagai perisik untuk agen asing Mossad Israel inteligen. Meskipun mungkin nampak seperti kejadian biasa, burung nasar ini hanyalah salah satu dari banyak binatang yang telah dituduh sebagai perisik.

Dari serangga sehingga ke tupai, binatang telah dituduh berbagai bentuk penyamar selama bertahun-tahun. Seiring perkembangan teknologi, nampaknya kecenderungan ini akan terus meningkat.

Apakah tuduhan ini hanya ketakutan tak beralasan atau kebenaran yang aneh ?, kami telah menyenaraikan binatang yang digunakan sebagai perisik yang unik dan aneh.

1. Burung nasar


Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.


2. Kucing


Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu "dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. " Kucing kabel pertama , menurut Guardian, dilepas untuk menjadi perisik dan dengan hanya beberapa langkah menuju sasaran sebelum kucing dilanggar teksi. Lalu CIA menyimpulkan bahawa projek ini tidak praktikal untuk mengumpulkan data - data inteligen.

3.Tupai


Polis Iran dilaporkan menangkap 14 tupai di atas dipercayai dijadikan perisik pada tahun 2007.Menurut Mental Floss, badan inteligen asing menemui tupai telah dilengkapi dengan peralatan untuk merisik.

" Sementara itu, sumber Luar Negeri melaporkan kepada Sky News bahawa "cerita ini adalah samar."

4. Merpati


Iran mengesahkan telah menemui "perisik merpati" berhampiran kawasan operasi nuklearnya pada tahun 2008.Tuduhan ini bukanlah yang pertama. Menurut Wired, merpati pembawa kamera mungkin telah ada sejak tahun 1903, ketika seorang jurutera Jerman membuat eksperimen dengan idea tersebut. Merpati telah memainkan peranan yang begitu penting dalam masa perang. Seekor merpati Cher Ami, memenangi anugerah kerana menyelamatkan nyawa tentera AS semasa Perang Dunia I.


Dalam Dunia Perang Dunia ke-II, Inggeris menggunakan dua ekor helang dari luar negeri untuk menangkap merpati perisik dari Jerman, dan beberapa kejayaan telah dilaporkan.

5.Singa Laut dan Lumba-Lumba


Angkatan Laut AS telah melatih singa laut dan lumba-lumba untuk program Marine Mammal. Nampaknya tentera mendapat ilham latihan "Navy Seal," tetapi lebih memilih binatang ini kerana kemampuan mendengar dan melihat di bawah air dengan cahaya rendah. Jadi, mamalia telah dilatih untuk membawa kamera malah bertindak di bawah air. Kumpulan pencinta haiwan kurang bersetuju menggunakan binatang ini dalam pertempuran. "Perang adalah untuk manusia semasa orang-orang dan parti politik dapat memutuskan perang diperlukan, haiwan tidak boleh," kata Dawn Carr kepada BBC.

6.Helang


Helang dicurigai menjadi perisik setelah sebuah jabatan di India menemui burung membawa apa yang nampak seperti kelengkapan untuk pengawasan berteknologi tinggi. Menurut BBC, India awalnya megesyaki helang itu perisik dari Pakistan, seorang polis senior menjelaskan, dia menyatakan bahawa burung-burung itu hanya digunakan untuk membantu dengan ekspedisi berburu. Dengan kata lain, kelompok helang ini memang merisik tetapi merisik burung lain, bukan orang.

7. Serangga


Para ilmuwan dilaporkan melakukan eksperimen terhadap serangga untuk merisik. Telegraph menjelaskan bahawa elektroda, bateri, dan kamera video dipasang kepada serangga. US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dapat memasukkan otak dengan pemancar ke dalam ngengat dan kumbang semasa masih kepompong. Perkara ini diyakini bahawa makhluk yang secara alami akan menggabungkan bergabung dalam tubuh serangga ketika membesar.

8. Ayam

Mungkin boleh dinamakan operasi "KFC," adalah singkatan dari Kuwait Field Chicken, semasa tentera AS merancang untuk menggunakan ayam semasa pertempuran, lapor BBC Rancangannya adalah ayam akan digunakan untuk mengesan gas beracun, tapi 41 ekor mati kerana penyakit di Teluk seminggu setelah sampai.





























Yang Tersembunyi Dalam Hari


Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.


Hari apakah saudara dan saudari dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama saudara dan saudari menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.

 
Hari Ahad


Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Hari Isnin


- Nabi Idris dinaikkan ke langit.


- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa


- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan


- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan


- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w


- Rasullullah wafat




Hari Selasa


- Nabi Yahya wafat dibunuh


- Nabi Zakaria wafat dibunuh


- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan


- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh


- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh


- Habil dibunuh oleh Qabil



Hari Rabu


- Qarun hancur binasa


- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan


- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk


- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail


- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan




Hari Khamis


- Nabi Ibrahim memasuki Mesir


- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda


- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir


- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir


- Nabi Musa memasuki Mesir




Hari Jumaat


- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa


- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha


- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib


- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis


- Rasullullah s.aw berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah


- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah




Hari Sabtu


- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya


- Nabi Salleh ditipu umatnya


- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya


- Nabi Musa ditindas Firaun


- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi




Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.


Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.




  1. Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  2. Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  3. Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  4. Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  5. Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
  6. Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  7. Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  8. Gantungan utama: 225 Meter
  9. Gantungan hujung: 107.5 Meter
  10. Gantungan lain: 40 Meter
  11. Had laju: 80 km/j




Tarik-tarikh Penting :


  • Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 - Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan


Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian


Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang


Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.







Tahukah Anda?



  1. Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.
  2. planet uranus mempunyai 27 bulan
  3. Viking, setelah membunuh musuhnya, mereka menggunakan tengkorak kepala sebagai alat untuk minum.
  4. Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.
  5. wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.
  6. degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.
  7. Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.
  8. wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.
  9. wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.
  10. ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing.
  11. anda boleh menghantar poskad dari ‘hell’, terdapat sebuah pekan kecil bernama ‘hell’di kepulauan cayman.
  12. terdapat spesis burung yang menyalak seperti anjing, burung ini dipanggil Antpitta avis canis Ridgley.
  13. terdapat 43,687 kes kemalangan di US pada 1996 yang melibatkan kemalangan tandas.
  14. Tiger Woods telah diperkenalkan dengan golf pada usia 9 bulan oleh bapanya.
  15. harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.
  16. untuk menghasilkan sebuah kereta, 148,000 liter air digunakan.
  17. kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya..huhu
  18. 2 juta sel darah merah mati setiap saat.
  19. tidak seperti katak, kodok tidak boleh melompat.
  20. tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.
  21. terdapat 6,800 bahasa didunia.
  22. ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia.
  23. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  24. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
  25. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
  26. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  27. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  28. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  29. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  30. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  31. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  32. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  33. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
  34. pembuka tin hanya dicipta selepas 48 tahun tin diperkenalkan.
  35. tayar yang diisi angin hanya diguna untuk basikal sebelum mereka menggunakan nya pada kereta.
  36. klip kertas telah dicipta oleh orang Norwegian Johann Vaaler.
  37. Leonardo Da Vinci tidak pernah mencipta apa yang dia reka.
  38. Count Alessandro Volta telah mencipta bateri pertama pada abad ke 18.
  39. Pada tahun 1860an, George Leclanche telah membangunkan bateri sel kering, asas bateri moden.
  40. Joseph Niepce membangunkan gambar fotografi pertama didunia pada 1827.
  41. Matahari bersaiz 330,330 kali ganda dari bumi.
  42. Ketulan ais terbesar yang pernah direkodkan adalah 335KM panjang dan 97KM lebar.
  43. berlian hijau adalah berlian yang paling jarang ditemui.
  44. Musim panas di planet uranus adalah selama 21 tahun, begitu juga musim sejuk.
  45. Gurun sahara membesar 1KM sebulan.
  46. semua planet dalam sistem solar berputar mengikut lawan arah jam, kecuali planet venus satu-satunya planet yang berputar mengikut putaran jam.
  47. di tengah pusat bumi mempunyai kosong graviti.- lombong terdalam di dunia terletak di selatan afrika dan berkedalaman 4.2KM
  48. Jurang terdalam didunia adalah jurang mariana dilautan pasifik, berkedalaman 10.9KM dibawah paras laut.
  49. Ekor Great Comet pada tahun 1843 adalah sepanjang 330 Juta KM, dan akan kembali pada tahun 2356.
  50. Tiada lagi rekod mengatakan seseorang telah terbunuh oleh meteorite, tetapi haiwan terbunuh oleh meteorite adalah biasa.- Laut mati adalah sedalam 365m bawah paras laut.
  51. Ribut secara rasminya akan menjadi taufan bile angin cyclone berkelajuan 119KMJ
  52. Belanjawan dunia untuk perperangan lebih dari $700 juta, manakala belanjawan dunia untuk pendidikan tidak lebih $100 juta.
  53. Perperangan terpanjang dipanggil perang 100 tahun antara Britain dan Perancis, sebenarnya peperangan ini berakhir selama 116 tahun, iaitu pada tahun 1453.
  54. Bila terbunuh dalam pertempuran, pegawai jepun akan dinaikkan pangkat tertinggi.
  55. Tokyo juga pernah dikenali sebagai Edo.
  56. Kesemua nama benua diakhiri dengan huruf pertama nama benua itu sendiri…dalam bahasa inggeris eh- Mastercard pada mula nya dikenali sebagai MasterCharge.
  57. Perkataan “The quick brown fox jumps over the lazy dog” menggunakan kesemua alfabet.
  58. Kerusi elektrik telah dicipta oleh seorang doktor gigi.
  59. Kerana grafiti bumi, adalah mustahil gunung boleh melebihi ketinggian 15,000 meter.
  60. Seekor lipas mampu meneruskan hidup selama beberapa minggu walau tidak mempunyai kepala,
  61. anjing dan kucing seperti manusia, samaada kidal atau tidak.
  62. Gigi manusia hampir sekeras batu.
  63. Sekiranya anda mengira 24 jam sehari, ianya akan mengambil masa 31,688 tahun untuk mencecah 1 trillion.
  64. Purata manusia biasa mengalami 1,460 mimpi setahun
  65. Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.
  66. perkataan asal butterfly ialah flutterby!
  67. Negeri Florida adalah lebih besar dari negara England.
  68. tahukah anda, bunyi itik tidak bergema, dan tiada siapa tahu mengapa..
  69. Ngauman singa boleh didengari dari jarak sejauh 5 batu.
  70. Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.
  71. Sejenis cacing tanah di australia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang.
  72. Nama sebenar Albert Brooks ialah Albert Einstein.
  73. Alexander Graham bell ialah pencipta telefon, namun beliau tidak pernah menelefon isteri atau ibu nya, kerana mereka berdua pekak.
  74. Mata burung unta lebih besar dari otaknya.
  75. air kencing kucing boleh dilihat dibawah sinaran lampu gelap.
  76. Kucing mempunyai lebih 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.
  77. Buaya menelan batu untuk membantu ia menyelam lebih dalam.
  78. George washington membesar dan membela marijuana di tamannya.
  79. pil perancang kehamilan untuk manusia juga berkesan untuk gorila.
  80. Hummingsbird tidak boleh berjalan.
  81. Rambut dan kuku manusia akan berhenti memanjang selepas mati.
  82. sekiranya anda melihat pelangi, sudah semestinya matahari berkedudukan di belakang anda, anda tidak akan dapat melihat pelangi sekiranya matahari didepan anda.
  83. sekiranya anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa-apa nombor, anda akan mendapat hasil yang sama.
  84. iguana, koala, dan biawak komodo mempunyai 2 kemaluan.
  85. Di england, Speaker tidak dibenarkan bercakap.
  86. di banjaran andes, masa kerap diukur ‘berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan sebatang rokok’.
  87. adalah menjadi kesalahan dan tidak sah menjadi pelacur du Siena, Italy sekiranya nama anda adalah Mary.
  88. Mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  89. Lady astor pernah memberitahu Winston Churchill ‘ sekiranya anda suami ku, aku akan meracuni kopi mu’. dan dia membalas ‘sekiranya anda adalah isteriku, aku pasti akan meminumnya’.
  90. Leonardo Da vinci telah mencipta gunting.
  91. hanya nyamuk betina sahaja yang menyengat.
  92. Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit.
  93. pogonophobia adalah takut kepada janggut.
  94. Ralph Lifshitz adalah nama asal Ralph Lauren.
  95. Orang russia secara umum nya menjawab panggilan dengan ‘i’m listening’.
  96. Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.
  97. Air soda tidak mengandungi soda.
  98. Pemetik api rokok telah dicipta sebelum mancis dicipta.
  99. Tiada 1 pon jam di casino las vegas.
  100. Saudi arabia tidak mempunyai sungai.
  101. semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
  102. pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
  103. pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.
  104. bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
  105. cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
  106. tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
  107. tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
  108. terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
  109. gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.
  110. anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
  111. istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.- Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.