Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Menonton Astro Mustika Secara PERCUMA

Salam pagi Jumaat,

Setelah seminggu kerja..esok bolehlah santai bersama keluarga. Semestinya dihujung minggu ni korang mesti nak rehat-rehat dekat umah sambil menonton channel kegemaran di Astro.. betul tak?
Tapi alangkah kecewanya bila ada sesetengah channel istimewa yang anda tidak langgan so kalau ada siaran best memang terlepaslah kan.. sebagai contoh di Channel Astro Warna sekarang tengah berlangsung rancangan MAHARAJA LAWAK.. dan ramai kecewa bila rancangan ini dipindahkan ke saluran yang perlu dibayar. Malam nih Finale Maharajalawak...rugi kalau tak dapat tengok. So, jom cuba trai teknik di bawah nih untuk menonton Astro Mustika.


ASTRO MUSTIKA

Untuk itu saya baru sahaja menemukan satu teknik dari rakan yang bekerja di Astro bagaimana untuk menonton Channel MUSTIKA secara percuma..

Ingat entri ini akan didelete dalam masa 24 dari sekarang sebab takut kantoi dengan pihak Astro.
Ikuti langkah-langkah dibawah ni.. ** jangan kecoh2 gi tahu jiran ye **

Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
  1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
  2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
  3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
  4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
  5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
  6. Tekan OK untuk pengesahan.
  7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
  8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
  9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK
Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)
  1. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
  2. Langkah terakhir, tekan 130
  3. Saksikan pratonton Mustika.
  4. Untuk melanggan:
  • Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
  • SMS Mustika ke 32888; ATAU
  • Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.



Jangan marah ye.. sebab aku pun terkena bila baca entri nih..... so dari aku yang terkena sorang apa kata aku nak kenakan korang juga.. hehehe..

Saya pon kena tipu juga bro!!!!


Nasib baik aku tak gi depan TV ikut langkah2 dia pasal memang dah melanggan Astro Mustika...Cuma Teruja baca entri sebab nak ajar kawan2 yang tak melanggan Astro Mustika...Hampeh betul pagi2 dah buat lawak dengan aku ye.

Apa yang korang rasa sekarang.. marah.. geram.. nak bakor blog aku.. samalah macam tu aku rasa sekarang ni.. hehehe..


Pelbagai Kegunaan Cuka


Cuka sering digunakan sebagai penambah rasa masam dalam masakan dan menghilangkan bau hamis. Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan. Terdapat beberapa kegunaan cuka sebagai bahan pencuci yang hendak dikongsikan bersama dengan para pembaca:

1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

4. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

5. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

6. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

7. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

8. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.




















5 Sebab Mengapa Pelajar Mengantuk Di Kelas?


Sebut sahaja ceramah, semua akan mengantuk. Benar? Ya, saya percaya anda semua turut mengalaminya. Bukan saya seorang, bukan kepada ibu-ibu, tidak hanya golongan remaja bahkan semua di dunia ini pasti mengalami.

Bagi yang sedang berada di alam persekolahan atau pun universiti, suasana di dalam kelas dan dewan kuliah sudah tentu membuatkan anda semua mengantuk, terutama ketika guru dan pensyarah sedang mengajar. Mengapa boleh jadi begini?

Kali ini, saya akan bawakan 5 sebab utama mengapa pelajar-pelajar mengantuk di dalam kelas.

Tiada Persediaan

Ya, ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Yalah, apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macamana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.

Kurang Tidur

Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang cikgu dan pensyarah ajar anda akan kurang faham. Justeru mengapa tidur lewat?

Tidak Fokus

Percayakah anda kalau saya katakan bahawa lebih separuh peratus pelajar-pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah, guru perasan kalau anda berangan. Pensyarah nampak. Justeru, sebelum ke kelas, ikhlaskan hati. Betulkan semula niat. Ya, aku hendak ke kelas untuk mengutip seberapa banyak ilmu. Buat begitu, insyaAllah segala yang diajar akan lekat di minda.

Kurang Minat

Mengapa tidak minat? Bosan? Kalau anda ingin berjaya, anda harus minat. Ya, anda wajib untuk menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Apa guna anda belajar subjek berkenaan jika anda sendiri tidak minat subjek itu. Ingat, sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap tajuk dan subjek berkenaan.

Fizikal dan Mental

Ya, kekadang itu kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam yang seterusnya tanpa henti. Apa akan terjadi? Ya, begitu juga tubuh kita. Manusia bukannya robot. Robot juga kalau tidak digunakan dengan sebaiknya akan rosak. Justeru, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buanglah segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda. Semoga anda menjadi manusia paling berjaya!




























Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?

Hari ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar

pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat

Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek

Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup

Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong

Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah

Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Selamat berjaya.




Bagaimana Menhadapi Cuaca Panas

Sekarang ni di johor mengalami cuasa panas yang bagi aku amat luar biasa dirasakan.Tak pernah rasanya sebelum ni sampai pukul 5 pun masih boleh jemur baju dan kering di luar..ha..bayangkan betapa teriknya bila waktu tengah hari. Minggu lepas saya balik bercuti di Penang, Ingatkan penang saje yang mengalami cuaca panas terik.

Mungkin di tempat korang tidak berlaku dan ada yang tak ambil peduli sebab rumahnya ada aircond..(macam saya)...hehehe...tapi rasa perik akibat cuaca panas tetap terasa bila keluar dari rumah. Harini saya nak bagi tips bagaimana kita nak menghadapi cuaca panas. Langkah – langkah dibawah sangat penting bagi kita dalam menghadapi cuaca panas melampau yang berlaku di seluruh negara sekarang.Silakan baca, mungkin bermanfaat bagi semua

1. Minum air sebanyak yang mungkin

Seorang kapten tentera memberitahu kepada anak buahnya bahawa dehydration is the worst enemy for soldier. Jadi bagi mereka yang berkerja atau sering keluar pada cuaca panas adalah disarankan anda kerap meminum air suam bagi mengelakkan dehydration berlaku pada badan anda. Ingat, dehydration boleh menyebabkan kematian.

Minum air juga dapat menghilangkan dahaga

2. Mandi

Dalam keadaan cuaca panas sekarang, mesti ramai yang gemar mandi, malah ada yang mandi sampai 4 -5 kali sehari bagi menyejukkan badan. jadi, mandilah sekerap mungkin bagi memastikan suhu badan anda maintain pada tahap optimum. Tapi janganlah anda mandi pada waktu tengah malam pula, nanti kena penyakit paru – paru berair pula. (huhuu)

Mandi dapat menyegarkan badan

3. Kurangkan aktiviti luar.

Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar, anda disarankan untuk mengurangkannya bagi mengelakkan pekara buruk terjadi seperti pengsan atau sebagai yang disebabkan cuaca panas. Tapi haku rasa, dalam keadaan cuaca sebegini mesti ramai yang malas untuk melakukan aktiviti luar bukan?

4. Jangan bermain api.

Ini penting, bermain api semasa cuaca kering ini sangat merbahaya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kebakaran. Kepada perokok – perokok, anda juga disarankan tidak membuang puntung – puntung rokok di merata – rata tempat terutamanya dikawasan semak samun kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Ini terjadi di tempat haku sekarang di Jelutong, Penang, tempat pelupusan sampah mengalami kebakaran selama hampir seminggu disebabkan pekerjanya membuang puntung rokok dikawasan tersebut. Selain itu, elakkan kebakaran terbuka kerana ia hanya menambah kesan rumah hijau kepada bumi.

5. Makan makanan yang menyejukkan.

Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan suhu badan seperti durian, makanan manis dan seangkatan dengannya. Banyakkan makan buah – buahan seperti buah Naga kerana ia membantu menyejukkan badan anda. Bagi perokok, kurangkan jumlah anda merokok dan kalau boleh berhenti terus kerana merokok hanya akan menyebabkan badan anda menjadi panas.

6. Pakai pakaian yang sesuai.

Pakai Pakaian yang sesuai ketika cuaca panas.Mungkin korang tak pernah dengar kan? Tapi ini juga tips berguna untuk semua.Digalakkan memakai pakaian yang berwarna cerah selain hitam, kerana hitam akan menyerap haba, so kita nanti akan bertambah panas le..

7. Pegi shopping (ini tipu) sebabnya..shopping complex ada air cond..so memang sejuk..tapi poket korang pulak yang akan jadi panas nanti..heheh

Tips Menjimatkan Penggunaan Elektrik

Selain berjimat cermat dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu dijimatkan. Tenaga yang dimaksudkan kat sini bukanlah kudrat anda. Tapi, penggunaan tenaga baik di rumah mahupun di pejabat.

1. Jika anda berhajat memasang penyaman udara, pastikan anda pilih saiz yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda menggunakannya secara lebih efisien serta tak membazirkan tenaga.

2. Sila set kawalan kipas penyaman udara daripada "auto" kepada "on". Ia kerana pengaliran udara yang sekata penting untuk menstabilkan suhu bilik.

3. Tetapkan suhu penyaman udara antara 24 - 26 darjah Celsius (C). Kalau terasa panas sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika cuaca redup atau hujan, boleh set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat, tak payahlah "on" ketika hujan.
 
4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.
 
5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas air.
 
6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun kolam.
 
7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.

8. Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan penggunaan pengering mesin basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.

9. Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah selesai menggunakannya. Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan menyerap tenaga walaupun suisnya dah dipadamkan.

10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam bangunan.

11. Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.

12. Elakkan 'over dry' pakaian anda.

Kenapa agaknya tu?

Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan lebih mudah tertetas.

13. Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.

14. Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.

15. Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

16. Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. He...he...Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.
 
17. Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.

Pssst...Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni?

Terutamanya mase nak baca suratkhabar waktu malam..huhuhu


19. Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.

20. Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.

Pssst...Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik.

21. Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.

22. Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?

23. Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.

24. Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.

Pssst..Nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam 'air-cond' di'on' kan.

25. Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.

26. Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik.

27. Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.

28. Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

29. Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

30. Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

31. Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

32. Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

33. Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

34. Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

35. Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

36. Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

37. Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

38. Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

39. Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.




18. Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.

7 Makanan Cegah Batuk & Selsema


Anda sering di serang batuk dan selesema? selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu.

1. SUP AYAM

Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS

Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH

Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
 
4. AIR

Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS

Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C

Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA

Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

Sumber : Dari email




Untuk Berjaya Miliki 7 Kemahiran Ini

Dunia pekerjaan seperti juga perniagaan ada pasang surut kerana ia banyak bergantung kepada prestasi syarikat. Ada ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon pekerjaan kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada ketikanya terutama semasa negara dilanda kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru menerima ijazah terpaksa berpuas hati dengan gali lebih rendah daripada sepatutnya.
 

Kini di era Internet, peluang pekerjaan tidak dinafikan semakin banyak dan luas, begitu juga dengan persaingan bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-lumba merebut peluang perniagaan tetapi juga di kalangan kakitangan.

Pekeria yang banyak pengalaman mempunyai lebih banyak peluang dan mampu ‘demand’ untuk mendapatkan gaji yang tinggi.
 
Oleh itu setiap pekeria di sektor swasta perlu sentiasa bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan mampu bersaing secara sihat untuk terus naik setiap anak tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku, penampilan dan pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang diceburi akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung menggambarkan imej syarikat.

Tujuh kemahiran di bawah ini bukan sahaja akan membuka peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap lebih tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda bertukar ke profesyen lain dengan lebih mudah.

1. Suara yang meyakinkan

Kebanyakan tugas hari ini memerlukan kemahiran berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya dengan hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan dengan jayanya. Ini bermakna suara yang dibuat menerusi panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan dengan kita.

Seperti kata penulis buku Winning With Your Voice, Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada komunikasi harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual suara untuk menjalin perhubungan terutama dalam perniagaan.

Percakapan yang kurang jelas melalui telefon akan mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga mereka bertemu empat mata dengan kita.

Bagaimana caranya untuk memperbaiki pertuturan? Nancy Friedman, pemilik dan presiden apa yang dipanggil Doktor Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah, letakkan cermin kecil di atas meja supaya anda dapat melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika mengangkat gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan lebih meyakin, seolah-oleh orang yang kita hubungi dapat’mendengar’ kita tersenyum.

Cara pertuturan amat penting. Apa jua profesyen kita sama ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan mereka yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain.

2. Pena yang tajam

Kemampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam permohonan mereka.

3. Luahan idea

Jangan takut untuk memberi idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah.

Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan hanya melalui media elektronik, malahan melalui media cetak banyak perkara baru boleh dijadikan panduan untuk memberikan idea yang boleh digunakan dalam tugas seharian.

Ini bermakna setiap pekeria perlu peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar mereka tetapi juga di seluruh dunia.

Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.

4. Pengetahuan teknologi

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan teknologi terutama komputer.

Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu. Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.

5. Tingkatkan pendapatan syarikat

Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan “saya akan cuba me” ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.

Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset kepada syarikat tersebut.

Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.

6. Luaskan rangkaian

Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon.

Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan.

Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai.

Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.

Kejayaan dalam pekeriaan dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa yang mengenali kita.

7. Susulan

Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal.

Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.




Cara Memenangi Hati Mertua


"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


























Tip : Penjagaan Rambut Bagi Yang Bertudung



Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

 
1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

 
2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.

 
3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.


4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.


5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.


Selamat mencuba!!!!


Petua Untuk Berdepan Lelaki Pemalu


1. Anda kena berani memulakan - Walaupun anda wanita, anda mesti berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tidak tahu selama ini anda sukakan dia. Luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Anda perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal - Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, anda boleh meluahkan melalui sms, video call, email, melalui Facebook, atau luahkan melaui video YouTube. Cara ini semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda buat cara ini, pasti si lelaki kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa anda betul-betul suka akan dia.

3. Malu biasanya cuma sementara - Lelaki pemalu (contohnya Pak Ngah) biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ini pemalu sebab mereka kurang biasa dengan anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ini bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta.



Perkara Yang Membuatkan Lelaki Dibenci Wanita


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..