Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Khas. Show all posts
Showing posts with label Khas. Show all posts

Gejala Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Pantang nampak wanita berdahi licin, pasti membuatkan si jejaka berpaling semula apabila terlintas 'pandangan' yang sedikit memukau di matanya....barangkali. Terkadang, terasa sekadar ingin mengusik si wanita tersebut dengan tujuan untuk menarik perhatiannya melihat kepada jejaka yang sedikit perasan macho.



Senario itu biasa dilihat pada hari ini. Fitrah kejadian manusia, suka melihat kepada sesuatu yang indah, cantik apatah lagi yang menarik. Wanita, rasanya tiada lagi wanita di dunia ini yang tidak mahu nampak cantik. Pasti mahu menjaga penampilan diri masing-masing. Itu sudah tentu, jika tidak pasti mereka akan dilabel sebagai seorang yang tidak senonoh dan pengotor.

Namun demikian, apabila terlalu memikirkan bagaimana nak kelihatan cantik. Mereka 'lupa diri' hingga tidak menyedari kaedah pemakaian di tempat dan pada masa yang sesuai. Keadaan ini akan menyebabkan risiko menerima gangguan seksual adalah lebih tinggi.

Apakah yang anda tahu tentang gangguan seksual?

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) gangguan seksual adalah segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Sebenarnya tingkah laku yang dimaksudkan itu termasuklah pandangan, cadangan atau dampingan fizikal sama ada secara paksaan atau tanpa dipersetujui, yang dirasakan patut dibantah atau dipertahankan kerana ia menyebabkan mangsa berasa tidak selesa di tempat kerja.

KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan Seksual berbentuk ugutan.
  • memberi kesan langsung terhadap status
  • pekerjaan mangsa -untung atau rugi –kenaikan/penurunan pangkat/gaji
  • pekerja atasan kepada pekerja bawahan
  • rasuah berbentuk seksual.
2. Gangguan Seksual berbentuk ancaman
  • tiada kesan langsung dengan faedah pekerjaan
  • mengancam, membimbangkan, mengganggu ketenteraman, mengacau
  • menguji toleransi.
Bentuk ganggungan seksual adalah meliputi perbuatan seperti:

1. Secara lisan
Gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.

2. Bahasa isyarat

Isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual.

3. Secara visual

Gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.

4. Secara psikologi

Gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

5. Secara sentuhan fizikal

Terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

Tempat kerja
  • di majlis sosial yang berkaitan dengan tugas
  • semasa bertugas di luar tempat kerja
  • semasa mesyuarat atau latihan
  • dalam perjalanan berkaitan dengan tugas
  • tempat bekerja –semasa dalam atau di luar waktu kerja
  • melalui perhubungan atau media elektronik.
Siapa mungkin melakukan Gangguan Seksual ?
  • pegawai atasan terhadap kakitangan bawahan
  • kakitangan bawahan terhadap pegawai atasan
  • antara rakan sekerja
  • majikan (boss) terhadap pekerja
  • pelanggan terhadap pekerja
  • pekerja terhadap pelanggan ?
MANGSA BIASANYA ENGGAN MELAPOR ; KENAPA MANGSA TIDAK MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLIS
  • perasaan malu
  • takut terdedah kepada publisiti
  • implikasi sosial
  • implikasi kewangan
  • tiada prosidur aduan
  • tidak yakin kepada prosidur sedia ada
  • takut akan tindak-balas.
Jika Gangguan Seksual di tempat kerja tidak dibendung.
  • memberi kesan buruk kepada perhubungan perindustrian
  • kesan buruk kepada moral pekerja
  • mengurangkan produktiviti
  • meningkatkan cuti sakit dan ponteng kerja
  • berhenti kerja/meningkatkan kos untuk mengambil dan melatih pekerja baru
  • mengurangkan wanita bekerja
  • risiko perbelanjaan tinggi akibat tindakan undang-undang
  • mewujudkan suasana kerja yang tidak tenteram, mengancam dan tidak selesa
Cara-cara melaporkan

1. Sila buat laporan polis, atau jika tidak berani hubungi mana2 biro politik untuk dapatkan sokongan.Kes ini mempunyai merit sebagai percubaan merogol.Salinan laporan polis kemukakan kepada Jabatan Buruh untuk siasatan ke atas pengurusan Resort tersebut.

2. Hubungi MPWS atau JHEWA untuk mendapatkan kaunseling,nasihat perundangan dan sebagainya.Mereka mempunyai rangkaian yang boleh menangani kes-kes begini.

Soal maruah tidak boleh di pandang ringan,jangan malu untuk menegakkan maruah sendiri.

Harap dapat membantu.

saya nak akhiri entry kali ini dengan gambar di bawah. Sekeping gambar, amat bermakna bagi mereka yang ingin mentafsirkannya!







Kelebihan Dan Peristiwa-Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Asyura (10 Muharram)


Pembaca yang dirahmati Allah,

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.


Hadith daripada Aisyah:
"Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI.Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s.
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.
+ Lemas Firaun.
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
+ Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru". Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




[KHAS] Blogger - I Care, You Care, We Care


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik comel ini baru berusia 2 tahun!
Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza--ammar oh ammar--
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.







Ikut langkah ini:

1.Copy dan paste ribbon diatas.
2.Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
3.Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
4.Maklumkan kepada Encik Hydir melalui ruangan komen bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
5.boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
6.Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik ammar.

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya