Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Selamat Hari Sabtu


Hari Sabtu adalah hari untuk kita muhasabah semula kerja-kerja kita selama seminggu. Selain Jumaat, apa salahnya kita jadikan Sabtu juga sebagai medan untuk kita menjadikan sentuhan motivasi kita terus-menerus meningkat, cemerlang dan terbilang.

Senyum

Apa kata anda jadikan hari Sabtu adalah hari untuk anda tambahkan lagi senyuman anda. Tak dapat kepada semua orang, kepada kaum keluarga, kepada teman-teman rapat pun cukup. Dengan ini secara tidak langsung, anda akan turut menghantar arus ketenangan, keceriaan anda itu kepada orang lain. Bila mereka gembira, anda juga akan turut ceria dan terus tenang mendepani segala masalah hidup.

Antimalas

Sabtu adalah Hari Antimalas sedunia. Boleh buat macam tu, kak, bang, dik? Kalau hari-hari yang lain rasanya tak ada mood aje, kalau hari-hari lain rasa kurang motivasi, kita jadikan Sabtu untuk kita dapatkan semula sentuhan motivasi kita. Kita kembalikan semula aura kecemerlangan diri kita.

Berdikari

Enam hari yang lain mungkin kita banyak bergantung kepada orang lain. Setiap kerja yang dilakukan terpaksa meminta pandangan, tunjuk ajar daripada teman sepejabat, rakan di sekolah. Jadi, hari Sabtu ni kita usahakan untuk kita jadi berdikari. Setiap kerja yang dilakukan kita laksanakan sehabis baik. Berdikari itu dengan sendirinya akan melatih anda untuk lebih belajar mengenal siapa diri anda sebenarnya.

Tulen

Tulenkah anda? Tulenkah saya? Ya, ungkapan tulen ini seringkali menimbulkan kesalah fahaman di kalangan kita yang kurang memahaminya. Tulen ialah asli. Asli ialah sesuatu yang tidak ditiru-tiru. Tidak di copy and paste lah bahasa mudahnya. Jadi, Sabtu ni jadikanlah ialah sebuah hari yang something special. Tak salah bukan? Sabtu adalah sebuah hari untuk kita kekalkan ketulenan kita. Tak sama dengan hari-hari yang lain. Kalau hari lain, mungkin bangun lewat sedikit, maka Sabtu cuba bangun awal sedikit. Buat suami-suami pun sama. Andai selama ini si isteri yang menyediakan sarapan pagi, tak salah kalau Sabtu adalah hari untuk anda pula bertugas di dapur. Boleh, bang?

Untung

hari Sabtu ni ialah hari untung. Hari untuk kita mengutip seberapa banyak keuntungan di muka bumi ini. Setiap kerja itu lakukanlah ianya dengan efisien. Efisien dalam melakukan segala juga hal dan pekerjaan. Kalau hari lain segala tindak tanduk rasanya kurang cekap, tak tepat sangat, maka Sabtu ni cubalah jadikan ianya lebih lancar, bertambah-tambah baik dan semestinya anda akan menjadi lebih cemerlang dan lebih beruntung dari hari-hari yang lain.

Salam Sabtu untuk anda. Selamat bertugas, selamat bercuti. Selamat, selamat dan selamat. Semoga setiap yang dilalui berjaya ditempuhi dengan secemerlang yang mungkin hendaknya!



Ulser Mulut Memang Menyakitkan

Anda tahu apa itu ulser mulut? Apa pula mata ikan? Bila sebut sahaja mata ikan, rasanya anda semua akan mudah memahami. Dalam istilah melayunya, biasa kita sebut ulser mulut ini sebagai mata ikan. Betul?

Istilah perubatannya pula disebut sebagai ulser afta. Mata ikan ini sebenarnya merupakan luka atau kudis di dalam mulut, yang terjadi berulang kali sama ada dalam satu tompok atau berkumpulan, antara tiga sehingga lima.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa ia boleh berlaku? Apa sebabnya dan adakah ianya ada kaitan dengan pemakanan, gaya hidup atau sebagainya?

Ulser mulut berlaku lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab seperti kekurangan zat besi, folik asid dan vitamin B 12, kurang daya tahan badan, bakteria, faktor keturunan dan mungkin juga disebabkan oleh oleh sebab-sebab yang tidak diketahui.

Biasanya ulser mulut akan dicirikan dengan kemerahan sekitar kawasan gusi di dalam mulut dan berlarutan sehingga kira-kira seminggu atau dua minggu.

Untuk menangani masalah ini, penjagaan mulut adalah amat diperlukan. Kebersihan gigi perlu sentiasa dijaga, dan amalkan juga pemakanan yang sihat. Elakkan juga pengambilan makanan yang pedas atau jus-jus yang masam.

Pesakit juga boleh menyapu gel atau krim penahan sakit.Sekiranya ulser tidak sembuh sehingga kira-kira dua minggu, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan susulan daripada doktor pergigian bagi memastikan bahawa anda tidak menghadapi masalah lain.



Laptop Pertama di Dunia



Zaman era globalisasi ini, dunia dibanjiri dengan penggunaan laptop dari segenap lapisan umur.Beberapa tahun yang lalu, kebanyakan dari kita hanya mengenali komputer dekstop dengan casing dan monitor yang besar.Namun dengan kecanggihan dunia teknologi yang bergerak pantas,secara majoritinya penggunaan laptop lebih terkehadapan kerana ianya lebih mudah untuk di bawa kemana-mana.

Namun tahukan anda bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan didunia?

Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 .Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh running.

Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.


Penemuan Rangka Manusia Rasaksa Kaum Ad

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?


Penemuan Arkeologi di Kota Iran

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.

Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:


Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)









Hanya Allah Maha Mengetahui

Bagaimana Menghadapi kritikan?


Kritikan ni sememangnya benda yg kurang enak di dengar oleh sesiapa pun. Kita kerap kali rasa berang/bengang/marah dgn kritikan yg di berikan, di tambah pula dgn ego dan tak mau mengalah diri kita, kita seolah2 menidakkan kritikan tersebut. Jom baca cara bagaimana cara yg baik utk menghadapi kritikan.

Kritikan ni sememangnya baik, boleh memperbaiki hidup kita, kita sememangnya mengatakan diri kita betul tp kena ingat, kita tak selalunya betul, orang lain tak selalunya salah.

Cara pertama ialah kita kena faham apa kritikan yang di berikan.

Kita kadang2 tak faham kritikan yg di lontarkan orang kepada kita. Selalu bila kena fire je kita lawan balik. Kita kenala tau sape yang bagi kritikan tu. Paling penting kita akan tau apa msg yang di sampai oleh orang tu. Mula-mula kita tengokla samada orang tu berpelajaran (well educated). Selalunya orang yg berpelajaran akan memberikan kritikan yang membina, bukan menghentam semata-mata, kalau menghentam sekalipun ia pasti akan di iringi dgn nasihat yang baik. Apapun tidak semestinya orang tak berpelajaran tak memberikan kritikan yang membina.

Bertenang dan berfikir sewaktu orang memberikan kritikan.

Kita tak boleh cepat melatah kalau orang memberikan kritikan kat kita. Dengar dulu dengan jelas. Jangan terburu-buru. Fahami apa maksud yg tersirat dalam kritikan tersebut.

Berfikiran postif dgn kritikan yang di berikan.

Waktu orang dah selesai memberikan krikan kepada anda, anda harus berfikiran positif dan jangan ambik negatif. Cakapla dlm hati hampa suma "mungkin kritikan ni baik utk aku", "Oh, mungkin cara aku selama ini salah". Bila kita dah berfikiran positif. Secara tak langsung akan timbul idea @ilham bernas untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Ia pastinya dpt mengembalikan kembali anda di paksi yang betul.

Ambil idea tu bertindak dan bermuhasabah diri.

Lepas dah dpt idea cara nak menangani kritikan yg telah dilontarkan kepada anda, bertindaklah dengan ikhlas dan hati yang terbuka. Jangan berpura-pura @ berdrama dgn perubahan semata-mata hendak menjaga hati dan menunjukkan perubahan anda kepada pengkritik. JANGAN AMBIK HATI dengan kritikan yang dah di berikan. Anggaplah kritikan tu sebagai proses pembelajaran anda untuk menghadapi kehidupan ini. Paling penting anda harus ingat Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan dosa, tp setiap manusia berhak untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.



Penemuan Yang Sia-Sia Sepanjang Abad Ke 20

Abad ke-20 diwarnai dengan sejumlah penemuan-penemuan hebat yang mengubah kehidupan manusia. Ada penemuan kereta canggih, juga internet. Di abad tersebut juga manusia mampu menjejakkan kaki ke Bulan.


Namun, tak semua penemuan itu layak dimasukkan dalam buku sejarah. Sebab, terdapat beberapa penemuan yang dikatakan gagal, bahkan tidak masuk akal. Berikut adalah senarai 6 penemuan yang sia-sia.


1. TV Kacamata, 1963.
Pencipta, Hugo Gernsback memakai kacamata TV, produk itu tak pernah dipasarkan.



2. Papan seluncur bermotor.
Pencipta yang berasal dari Hollywood, Joe Gilpin memandu papan luncur bermotor pada 1948.



3. Kandang bayi berkawat yang diletakkan di luar jendela.
Seorang pengasuh bayi mengawasi bayi yang dimasukkan dalam kandang kawat yang berada di luar jendela bangunan tinggi pada tahun 1937. Kandang ini diberikan pada ahli Chelsea Baby Club di London yang tidak memiliki taman untuk menempatkan bayi mereka di atas jalan yang ramai.


4. Payung rokok antihujan.
Presiden Zeus Corp, Robert L. Stern, menggunalan payung rokok yang ia cipta sendiri pada 1954. Tidak akan basah walaupun hujan.


5. Elektrometer Hubbart.
Penulis fiksyen sains dan pengasas gereja aliran Scientology, L. Ron Hubbard menggunakan elektrometer Hubbard untuk mengetahui adakah tomato merasakan sakit pada tahun 1968.


Apa yang idapat dia simpulkan ialah: 'tomato menjerit ketika dipotong'.



6. Robot penembak.
Sebuah robot yang dilengkapi dengan senapang diuji dengan penembak manusia pada 1960. Ini menimbulkan banyak persoalan, adakah bijak untuk meletakkan robot dengan pistol.




Tenaga Ajaib Tersembunyi Dalam Minda


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.









































Fakta Menarik Tentang Komputer


PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA.

Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Rahsia Tentera Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.

NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DI DUNIA.

 


ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini beratnya 60,000 poun dan besarnya satu ruangan besar. ENIAC siap dibuat tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk kepeluan tentera tetapi komputer ini tidak boleh menyimpan data.

ORANG TERKAYA DIDUNIA KARENA SOFTWARE KOMPUTER.

William Henry Gates, atau lebih sering disebut Bill Gates adalah orang terkaya di dunia selama 12 tahun terakhir (menurut majalah Forbel). Gates adalah pengasas dan pemimpin syarikat Microsoft terlibat dalam perisian. Beliau juga pengasas perusahaan yang bergerak di arkib Corbis gambar digital.

Gates sangat pintar dalam matematik dan sains. Semasa di High School, ia dan temannya Paul Allen menubuhkan sebuah syarikat bernama Traf-O-Data yang sistem penjualan data arus lalu lintas ke kerajaan. Dia juga membantu sistem pembayaran gaji kepada syarikat Portland.

Pada tahun 1975, Gates disebut MITS bahawa ia telah mencipta program BASIC untuk Altair 8800 tetapi tidak. MITS sangat tertarik dengan program yang ditawarkan oleh-Nya sehingga Gates dan Allen membuat program dalam masa dua bulan dan menjualnya kepada MITS. Dia kemudian mendirikan syarikat Micro-Soft dan memutuskan untuk keluar dari Universiti Harvard. Gates telah dipenjarakan pada tahun 1977 untuk mempercepatkan jalan. Pada tahun 1980 IBM memutuskan untuk membuat hardware untuk PC, dan memerlukan sistem operasi. Gates dibina atau MS-DOS disk sistem operasi, Micro-Soft. MS-DOS keras menjual dan membuat syarikat Micro-Soft adalah akhir ke Microsoft dan menjadi syarikat gergasi. Microsoft mengembangkan MS-DOS ke Windows. Gates menjual Windows keras dan menjadi sangat kaya dengan menjual sistem operasi Windows. Microsoft telah ada ribuan hak paten dan Gates memiliki sembilan paten atas namanya.

ADA SERANGGA DALAM KOMPUTER

Serangga, atau dalam bahasa Inggeris bug, memang boleh masuk dalam casing. Tapi yang dimaksud seranggga atau bug bagi komputer bukanlah serangga hidup. Bug adalah kesalahan atau kegagalan dalam program komputer sehingga tidak berjalan sebagaimana mestinya. Contohnya, saat kita asik main game, tiba-tiba komputer hang atau tersekat. Bug biasanya terjadi kerana kurang perhatian dari programmer dalam menulis program, mungkin juga suatu program memerlukan memori 128 MB dan komputer dengan memori 64 MB dipaksa untuk menyimpan program dengan memori sebanyak itu sehingga terjadi kegagalan kerana kekurangan memori.

KOMPUTER BUG PERTAMA

Bug pertama adalah ngengat. Tahun 1945, Grace Murray Hopper dan pasukannya sedang bekerja pada komputer kalkulator Relay Aiken Mark II University Hardvard. Lalu komputernya bermasalah. Setelah dicari penyebabnya, ternyata ada lebah pada Relay #70 di panel F. Lebah tersebut kemudian disingkirkan. Sejak saat itu istilah bug digunakan sebagai kerosakan dalam kerja komputer. Istilah menyingkirkan bug tersebut dinamakan debug.

MODEM PERTAMA

Sekitar tahun 1950an, bahagian pertahanan udara Amerika meminta dibuatkan alat untuk mengirim data melalui telepon. Modem komersial pertama dibuat AT&T dan dilancarkan Bell 103 pada tahum 1962 dengan kecepatan 300 bit/ saat. Pada tahun 1996 sudah ada modem dengan kelajuan 56.000 bit/ saat.

GAME KOMPUTER

1947 dianggap sebagai tahun pertama ketika game kali dimainkan pada CRT Tiub. Gamenya masih sederhana, tentang pesawat yang harus menembak suatu sasaran. Saat itu grafik belum dapat digambarkan secara elektronik pada layer CRT. Tahun 1950an, game dengan grafik pertama dibuat yaitu Tic-Tac-Toe. Kebanyakan game komputer awal dibuat oleh Universiti. Tahun 1960an dibuat game Spacewar yang dimainkan oleh dua orang. Ini adalah game pertama yang dijual secara luas dan terus menjadi game yang paling digemari ketika itu. Kemudian dibuat game yang dapat dimainkan dilayar television. Game ini namanya Chase. Pembuatnya kemudian dikembangkan menjadi game yang memuat beberapa permainan. Tahun 1970an dikeluarkan game Odyssey yang merupakan video game pertama. Perusahaan game Atari membuat game pingpong yang keras. Kemudian game mulai dibuat portable. Taito membuat game Space Invaders atau game menembak pesawat alien. Ini adalah game pertama yang disebut era keemasan game.

GAME PALING MAHAL

Ada gameboy yang terbuat dari emas 18 karat dan sekeliling layarnya bertatahkan berlian. Gameboy ini dibuat oleh Aspreys dari London, harganya $25,000.00 USD atau sekitar Rp 225 juta. Ini adalah gameboy termahal yang pernah dijual. PDP-1 yang dijual dengan game Space Wars dan dibuat 1960, harganya $120,000.00 USD yang sekarang setara dengan $760,000.00 atau Rp 6,84 milyar. Ini adalah system game termahal yang pernah dijual. Game Shenmue dibuat selama 7 tahun sampai tahun 1999 dan biaya pengembangannya lebih dari $20,000.000. Shenmue dibuat untuk Dreamcast oleh Sega. Shenmue adalah game paling realistic yang ada dipasaran saat itu dan merupakan game komputer termahal yang pernah dijual.

MOUSE PAD PALING MAHAL

Mouse pad atau tatakan mouse digunakan agar permukaan menjadi rata dan mouse komputer bisa bekerja dengan baik. Ada sebuah mouse buatan tangan yang dibuat di Inggris untuk Formula 1 oleh seorang teknisinya. Mouse pad ini terbuat dari fiber karbon padat. Harganya sekitar $489.00 atau sekitar Rp 4.400.000. Ini adalah mouse pad termahal didunia yang pernah dijual.

KEDAI KOMPUTER PERTAMA

Pada bulan juli 1975, Dick Heiser membuka kedai komputer pertama yang dinamakan “The Komputer Store” di California. The Komputer Store menjual peralatan komputer, buku dan majalah yang berkaitan dengan komputer.

VIRUS KOMPUTER YANG MENYEBABKAN KERUGIAN TERTINGGI

Pada tahun 2004 SCO Group Inc. di Colorado terserang DDOS dari virus MyDoom worm. Kerugiannya hingga $38.5 milyar USD atau sekitar Rp.346.5 triliyun. SCO Group menghadiahkan $250,000 atau sekitar Rp 2.25 triliyun untuk menangkap pembuat virus MyDoom.B. Virus lain yang telah diketahui menyebabkan kerugian besar adalah : virus SoBig yang menyebabkan kerugian $37.1 miliar atau Rp 333.9 triliyun, virus Love Bug menyebabkab kerugian $15 miliar atau sekitar Rp 135 triliyun, dan virus Code Red yang menyebabkan kerugian hingga $2 miliar atau sekitar Rp 18 triliyun.

KARAKTER KOMPUTER YANG KOS PEMBUATANNYA PALING TINGGI


Smeagol sang Gollum, adalah salah satu karakter dalam film The Lord of Rings yang dibuat oleh WETA Digital. Dengan lebih dari 200 ekspresi wajah dan 300 gerakan otot, ini adalah karakter computer termahal yang pernah dibuat.

WEB BROWSER PERTAMA


NCSA Mosaic dibuat oleh Marc Andreesen dari National Centre for Supercomputing Applications pada bulan April 1993 untuk keperluan khusus. Tapi WorldWideWeb yang dibuat Tim Berners-Lee pada bulan Desember 2000 dianggap sebagai web browser pertama karena penggunaannya yang luas. Namanya kemudian diganti jadi Nexus. Pada bulan Oktober 1994, Netscape mengeluarkan versi beta dari Mozilla dan menjadi web browser komersil pertama. WEB SITE PERTAMA. Sir Timithy John “Tim” Berners-Lee adalah orang pertama yang menciptakan world wide web pada agustus 1991. websitenya adalah http://nxoc01.cern.ch.

WEB SITE KOMERSIL PERTAMA

Pada bulan Oktober 1994 HotWired mulai berfikir untuk menerima pemasangan iklan di internet karena internet sekarang sudah digunakan oleh masyarakat luas. AT&T memasang banner 468 x 60 yang dipasang di situs HotWired site. Ini adalah keuntungan pertama dari internet. Pada tahun 1993 Dale Dougherty meluncurkan Global Network Navigator, yang dibeli AOL tahun 1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama.

WEBCAM PERTAMA KALI DIGUNAKAN

TAHUN 1991, Paul Jardetzky, Qunetin Stafford-Fraser dan mahasiswa Cambrige University membuat program untuk menampilkan gambar secara on-line. Pada tahun 1993, web baru tersedia secara luas untuk semua pengguna internet.

SEARCH ENGINE PERTAMA DIPAKAI

Search engine pertama didesain untuk internet dibuat pada tahun 1993 dengan nama World Wide Web Warderer ( Wadex). WebCrawler, 1994, adalah search engine pertama yang berdasarkan teks seperti search engine yang sekarang.

KOMPUTER YANG BOLEH MENGALAHKAN GRANDMASTER CATUR

Deep Blue supercomputer IBM adalah komputer pertama yang berhasil mengalahkan Grandmaster catur, Gary Kasparov, pada tahun 1995 di Philadelhia, Amerika Serikat. Pelajar – pelajar PhD di University Carnegie Mellon, Feng-hsiung Hsu, Murray Campbell dan Thomas Anatharaman menciptakan Deep Blue pada tahun 1985 yang merupakan permainan catur computer yang paling cepat dan terhebat yang pernah dibuat. Computer ini boleh memilih langkah pergerakan buah catur dari beribu – ribu gerakan yang terdapat dalam gudang datanya. Deep Blue juga mampu mengira hingga 200 juta pergerakan dalam waktu satu saat, sungguh hebat bila dibandingkan Kasparov yang hanya mampu mengira 3 pergerakan dalam waktu yang sama. Satu kelebihan pada Deep Blue adalah tidak pernah lupa atau terganggu oleh lawannya.




































































Khasiat Buah-Buahan


Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal. Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17% penyakit jantung koronari.

“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30% daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.

Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.





76 Fakta Menarik


1. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria


2. Jumlah bakteria yang ada dalam satu mulut manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia di muka bumi ini.


3. Dengan menaikkan kaki perlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.


4. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau


5. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri


6. Lobster dapat hidup selama 100 tahun


7. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land


8. Mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis


9. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan


10. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara


11. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.


12. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.


13. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam


14. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.


15. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox


16. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.


17. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori


18. Darah sama pekat dengan air laut


19. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik


20. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.


21. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.


22. 1 bayi lahir setiap 7 saat


23. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17


24. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.


25. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat


26. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit


27. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya


28. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum


29. Setiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi


30. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.


31. Jika kita berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari


32. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.


33. Kebanyakan manusia lebih menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .


34. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W


35. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata


36. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan


37. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah


38. Coca-Cola dulu berwarna hijau


39. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit


40. Semua beruang kutub kidal


41. Jika anda menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit anda akan dapat merasakan kesannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.


42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu


43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.


44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip


45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud


46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.


47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya


48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.


49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.


50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi


51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing


52. Nombor “172? boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.


53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu


54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.


55. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).


56. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun


57. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta


58. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter


59. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.


60. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.


61. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.


62. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik


63. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).


64. Unta punya 3 kelopak mata.


65. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru


66. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal


67. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik


68. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya


69. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan


70. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki


71. 13% orang di dunia adalah kidal


72. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan


73. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya


74. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata


75. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri


76. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.