Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. kesihatan , pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.
Tips Murah Rezeki:
- BERSEDEKAH orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran: Ertinya" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261)
- MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".
- MEMILIKI SIFAT TAQWA sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan. Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki: Firman Allah S.w.t: ertinya"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka" (At-Talaq:2-3
- BERTAWAKAL
- MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.
- MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"
- BERSILATURRAHIM
- BERHIJRAH DIJALAN ALLAH Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.
- BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH
- MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA 11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR
0 Komen:
Post a Comment