Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Ketagihan Internet

Ketagihan Internet

Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.


2. Ketagihan menggunakan komputer.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.


4. Ketagihan hubungan siber.
Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:

1.Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yng berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya.

2. Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

3. Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

4. Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.


0 Komen:

Post a Comment