Saya yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta maaf. Tak kiralah minta maaf kepada kekasih, kawan, suami/isteri, ibu-bapa, adik-beradik, atau sesiapa sajalah... Mungkin cara yang paling mudah untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS. Kalau nak cara yang lebih 'gentle' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct' saja nak minta maaf. Tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan cara 'direct' nih, tentu kita akan rasa malukan?
Video dibawah adalah salah satu contoh 'Orang Meminta Maaf' dengan cara yang bagi saya, agak kreatif dan lain dari yang lain... Macam mana dia buat? Hah, tengok betul-betul video dibawah ya... hehe...
Video dibawah adalah salah satu contoh 'Orang Meminta Maaf' dengan cara yang bagi saya, agak kreatif dan lain dari yang lain... Macam mana dia buat? Hah, tengok betul-betul video dibawah ya... hehe...
Bagaimana? Apa agaknya yang akan kamu lakukan kalau ada orang minta maaf pada kamu, dengan cara seperti dalam video tadi? (Kalau sayalah, silap-silap dah kena kuntau sebab terkejut... hehe...)
Oklah, dibawah ini, saya senaraikan beberapa tips yang berguna untuk sesiapa yang agak sukar untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan.
Langkah-langkah: 1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan. 2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda. 3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya. 4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan. 5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan. 6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia. 7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri. 8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai. 9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu. Panduan-panduan: * Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri. * Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. * Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.
Bagaimana 'Maaf' Dalam Pandangan Islam?
Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kesalahan, kekhilafan adalah fitrah yang melekat pada diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT". Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin). Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134). Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara. Boleh jadi, ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap "masih menahan amarah". Usahakanlah untuk menghilangkan noda-noda itu, sebab dengan begitu kita baru boleh dikatakan telah memaafkan orang lain. Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan posisi tinggi bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa. Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah." (Q.S.Asy-Syura : 40). Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu." (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy). Al-Quran memang menetapkan, bahawa seseorang yang diperlakukan secara zalim diizinkan untuk membela diri tapi bukan didasarkan balas dendam. Pembelaan diri dilakukan dengan penuh simpati seraya menunjukan perangai yang luhur, bersabar, memaafkan dan toleran. Ketika Matsah yang dibiayai hidupnya oleh Abu Bakar menyebarkan gosip yang menyangkut kehormatan puterinya, Aisyah yang juga isteri Nabi. Abu Bakar bersumpah tidak akan membiayainya lagi. Tapi, Allah melarangnya sambil menganjurkan untuk memberika maaf dan berlapang dada. (Q.S. an-Nur : 22). Dari ayat ini ternyata ada tingkatan yang lebih tinggi dari alafwu (maaf), aitu alshafhu. Kata ini pada mulanya bererti kelapangan. Darinya dibentuk kata shafhat yang bererti lembaran atau halaman, serta mushafahat yang bererti berjabat tangan. Seorang yang melakukan alshafhu seperti anjuran ayat diatas, dituntut untuk melapangkan dadanya sehingga mampu menampung segala ketersinggungan serta dapat pula menutup lembaran lama dan membuka lembaran baru. AlShafhu yang digambarkan dalam bentuk jabat tangan itu, menurut Al-Raghib al-Asfahaniy "lebih tinggi nilainya" dari pada memaafkan. Dalam alshafhu dituntut untuk membuka kembali lembaran baru dan menutup lembaran lama." Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu) bangunkan kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, hanya kerana kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita melupakan semua kebaikan yang pernah dibuatnya. Untuk itu, kita juga harus memperlakukan semuanya secara seimbang. Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: "Tiada maaf bagimu". Ahli hikmah mengatakan: Ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu. Wallahu a’lam...
Inilah serba sedikit ilmu mengenai MAAF... nak minta maaf, bila-bila masa pun boleh kan? Tak semestinya nak kena tunggu Hari Raya... semoga ilmu yang ada ni memberi manfaat kepada diri saya dan sesiapa yang membacanya..
aq ssh sgt nk jmpe ngan bf aq..
ReplyDeletetd aq jmpe dye tp kami gado sampai dye tglkn aq..
aq byk uat sala kat dye..
aq xtaw nak pjk dye cmne..
aq talu ego untk mgaku sala
Mm...sory sy komen sikit ok...lelaki ni senang dipujuk ok...jumpa dia n say im so sory...sekejap sj tu dia marah ok...good luck
Deletegood
ReplyDeletesye ade kwn,die tu perempuan,kami sme umur 14,kejadian ini disebabkan sye nak thu ape perasaannya jika sye dimiliki,lalu sye buat ar Facebook palsu yg konon nye sye dah berkapel
ReplyDeleteSlps,sye dah tkar relationship sye dri single ke in a relationship,kwn sye tu trus tnye sye di Facebook,die tnye"skrg kapel ngan sape plak ni?"
sye jwb ngan cousin,lps tu die x blz...
Skrg,kwn sye nie dah x nak kwn ngan sye lgi...
Tlong la SYE!!!
terbaik..
ReplyDeleteerm , sy 0wn da dew blak . . kmi ngah cuple lgy . . tpy , sy neyp da pnt . . dyep wt clah , sy gak kne mnx maap un dyep . . asl ta m0u ngaku kslahan . . tl0nk ur phm . . huh , dnt be lke a bustered my l0b . .
ReplyDeleteyaw.. this is great!!
ReplyDeletesmlm aku gaduh dgn bf aku huhuhu,sume slah aku sbb aku tduh dye bkn2,so dye pnas la..dh lah kmi dok jauh2...aku ni mcm was2 kt dye..so td dye yg masej aku n pjuk aku..plik kn...??dh bek...bf aku slalu cm ni..tp aku je EGO!!cian dye....mntak maaf ye syg...luv u..
ReplyDeleteak ad bt slah ngn my mum..ad tau..ak yg slah..ak trlalu ikutkn perasaan..
ReplyDeleteummm...mum..i love u..
syitan pula ske la tgk time mnusia tgh panas..ak trlawan ckp my mum..ak sedih...seharian ak mnangis..tp yg sdih ak malu nk mntak maap..sbb nnti ak xbleh nk ckp klau don my mum..nnti ak nangis jw ble nk mntk maap..ak tanak cm2..nnti my mum ingt ak lemah...dn i really xske ble 2 trjdi..:( im trying my best nk mntak maap ni..
InsyaAllah..
aq ade sorg kkasih..sume slh aq,sbb aq tdoh die bkn2..dh 4 hri die xkntek aq,aq kat umh rse cm dh lmh..aq xpat hdup klo die xde ngn aq..aq btol2 rse bslh kat die..spnjg hri hdup aq dh xtntu hala,mkn xde mud,tdo xckup..nk ckap ngn org even my fmly pun dh krang..aq tperap lam blik sharian..luv,please cme bck to me..i really3 need u..i promise not to do it again..please
ReplyDeleteaq selaluu ego .. disebabkan ego aq .. die tinggal an aq buat selama nyer .. syam ! klau syam ber nyawa lagi .. nies nak syam tahu yang nies dah maaf an syam .. tpiy i2 semua dah terlmbat untuk aq memaaf kan dier .. aq rse bersalah buat die mcam 2 ..! knpe ego menguasai driy ngan otak aq .. :(
ReplyDeleteoh my God!!! aku surf ini nak taubat diri aku selain dari dengar ceramah dan juga kaedah lain. kalau dah kes macam tu. aku cadangkan kauorang solat hajat minta hati dia terbuka. (efektif) kau pohon sahaja. tuhan nak tengok usaha kita.
ReplyDeleteini antara blog yang aku baca yang berkaitan kemaafan. apa yang aku minta hanyalah pengampunan dari orang sekeliling, kawan, famili, gf, and tuhan. kepada orang yang dah minta maaf. kalau dia tak maafkan kamu itu antara dia dengan tuhan. hati Allah S.W.T. mudah memaafkan orang. hati manusia? makan tahun. entah2 sampai mati. kepada adik2 dan kawan sekalian. memang susah nak minta maaf yang iklas sedangkan orang yang nak maafkan kita tu susah. pohon sahajalah pada tuhan supaya dia dapat buka hati si dia. at the same time usahalah perbetulkan/ buktikan yang kamu ikhlas untuk minta maaf. minta maaf bukan sahaja dari mulut. tetapi tindakan kita juga. kalau macam tu Bush serang Iraq lepas tu cuma kata "oh sorry, please forgive me" sahaja memang lah tak mujarab. cuba bayangkan Bush perbetulkan ekonomi, bantu rakyat Iraq and etc... konfirm lah orang nampak ikhlas dia. stop wasting your time ask for forgivenes melalui email, sms, or call. staright forward pergi kepada si dia. minta restu mak perbetulkan keadaan.
http://bangangpedia.blogspot.com/2012/04/forgiveness.html
lagi satu terlupa. macam ayat Ukiran Cinta juga.. ambil masa. pelan- pelan. insyallah. memang konfirm dia akan maafkan korang. kalau hal keluarga jangan bimbang, dosa jika ibu bapa taknak maafkan kita(kalau kauorang degil taknak dengar cakap dia lain la citernye) kalau kawan, straight forward je bagitau "aku minta maaf" takkan dia nak marah kot. bab gf/bf, effort/time/pray/promise/change yourself.
ReplyDeleteaku buat salah pada tuhan sehingga diri ku murtad. agak2 kauorang semua aku tidur lena ke tiap2 malam? aku cuma mampu taubat nasuha sahaja.. anggap perkara yang kaurang wat salah tu sebagai pengajaran. belajar2lah bawa maafkan orang. tapi lagi satu tips yang aku nak kongsi(bangga nih nak habaq mai kat hangpa)solat hajat. minta bantuan tuhan buka pintu hati dia untuk maafkan kamu. efektif. serious shit. aku solat hajat satu set sekali sehari, 2 minggu sahaja dia call aku balik dia plak yang minta maaf. kalau tak percaya kaurang try lah... (wah bangganya aku bila bf dah maafkan aku!!)
cinta awek yg dikejar... awek sat syg sat tak syg...
ReplyDeleteAllah sentiasa syg kat kita knapa kit perlu tkut sekiranya kita tk dpat ksh syg dri aweek ish2.... pulanglah pada emm
saya tk thu lah sejak akhir2 ni bf saya dh laen dgn saya,saya tk thu ape salah sampai dye jd cm ni..
ReplyDeleteBagus artikel yg saudara/saudari postkan ni.. Tp, jrg skali kita lihat manusia bermaaf-maafan secara jujur dan ikhlas, slalunye main tgkp muat je.. So, bagaimana nk memaafkan?
ReplyDeleteSaye tertarik dgn sebuah cerite komedi dr US yg bertajuk "My Name Is Earl". Walaupun sekadar fiksyen, tp mesejnye jelas.. Kalu nk minta maaf, perlu bersemuka dgn insan yg disakiti/dizalimi, memohon dengan jujur dan ikhlas regardless of his/her reaction and offer any kind of favor untuk mengambil hati org yg pernah disakiti/dizalimi tersebut, sebagai balasan untuk perkara yg pernah dilakukan keatasnye..
Kalu org bkn Islam boleh terfikir utk melakukan perkara sedemikian, inikan pula kite umat Islam yang jauh lebih baik dr mereka..
Wallahu A'lam..
Tlg sy,,,,sy mngkn bnyk kekurngn
ReplyDeleteSy bkwn dgn sorg ni
1ari sy try cr fb dia jmpe rupa2 ye hubby org
Sy tye dia ckp bkn dia,,,siap bsumpah lagi
Sy keliru skrg,sy mntk mf dia suh mtk mf dgn Allah
Mcmnani,