Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Ajaibnya Air Mata..

Ajaibnya Air Mata..



Ada tak orang yang tak pernah menangis? Kalau bayi menangis biasanya kerana lapar,lampin basah, sakit perut dsb, kalau wanita menangis pun dikira biasa – tgk hindustan pun boleh basah sapu tangan tapi kalau lelaki menangis buruk rupanya.

Lelaki memang ego yang kononnya tak boleh menangis sedangkan air mata yang gugur kerana cintakan Allah amat tinggi nilainya dan mendapat balasan di akhirat kelak. Namun begitu air mata yang gugur bukan hanya untuk meluahkan perasaan sedih sahaja kerana air mata kita banyak kelebihannya.

1. Membantu Penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang.. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.. jadi cara mengurangkan rabun itu menangis..? Tapi jangan jadi Kassim Selamat dah ler.

2. Membunuh Bakteria

Tak perlu ubat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang dialami.. Di dalam air mata terkandung cairan yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.. jadi kalu mata korang sakit atau pedih, nangis jer..

3. Meningkatkan Mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali.. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh, jadi kalau nak menangis, nangis aja .. jangan ditahan kerana malu, tapi jangan sampai meraung yang mengganggu jiran sebelah.

4. Mengeluarkan Racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui finding bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional mengandungi racun.. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.. jadi itu tandanya menangis itu sihat bro..

5. Mengurangkan Stres

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres..? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi..

6. Membangkitkan Komunikasi

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komunikasi.. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi..

7. Melegakan Perasaan

Semua orang rasanya akan merasa demikian.. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.. Keluarkanlah masalah di pikiranmu semasa menangis, jangan dipendam.

0 Komen:

Post a Comment