Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Taktik Jenayah Terbaru.Calarkan Kereta & Tinggalkan Nota

Taktik Jenayah Terbaru.Calarkan Kereta & Tinggalkan Nota

Macam-macam taktik penjenayah zaman sekarang ni. Setelah taktik menipu dengan menggunakan khidmat pesanan ringakas atau sms, kini timbul taktik terbaru pulak.

Difahamkan modus operandi taktik jenayah terbaru tersebut adalah penjenayah mencalarkan kereta mangsa yang diletakkan ditempat letak kereta. Setelah kereta dicalarkan, penjenayah meletakkan nota pada cermin depan kereta tersebut. Dalam nota tersebut mengandungi mesej seperti berikut “SMS YOUR A/C BANK TO +966547305887. FOR CAR DAMAGE”.

Apabila mangsa datang mendapatkan keretanya dan menyedari tentang kerosakan atau calar pada keretanya, tentu terkejut dan marah. Apatah lagi jika dalam keadaan marah sebegitu, ada pula nota berserta no telefon meminta no akaun mangsa untuk proses membayar balik kerosakan tersebut.

Jika mangsa tidak panik dan dapat berfikir dengan baik, tentu akan menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan nota tersebut. Pelikkan, sudahlah calarkan kereta anda kemudian tinggalkan nota pula dengan no telefon yang mencurigakan. Terang-terang nombor dari seberang (Indon)..

Ingat yer, jika anda mengalami seperti situasi di atas, harap anda berhati-hati dan segera menghubungi pihak polis untuk kepastian dan pengertian.

Kepada kebanyakan orang, tidakkah ianya sesuatu yang amat baik apabila kereta anda dicalarkan, kemudian anda ditawarkan pula untuk gantirugi...!!!

Ingat, kereta anda bukan dilanggar, tetapi dicalarkan.

Modus operandi penjenayah ini dipercayai begini:

1- Mereka akan memerhatikan mangsa mereka, mungkin beberapa hari untuk mengenalpastinya, kebiasannya mangsa ialah wanita.

2. Atau mungkin mereka melakukan secara rambang, dan meninggalkan nota itu pada kereta mangsa.

3. Mereka biasanya melakukan secara 'try-luck', sama seperti dilakukan pada SMS secara rambang yang antara yang terkena ialah telefon bimbit anda.

4. Jika nasib mereka baik, mangsa akan melakukan seperti arahan pada kertas itu.

5. Mereka lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi sehingga akhirnya mangsa akan berbalas sms dengan penjenayah yang finalnya, mangsa mungkin akan mendedahkan banyak butiran seperti nombor PIN akaun anda.

6. Setelah butiran diperolehi, maka mereka akan menggunakan komputer untuk 'hack' akaun anda dan memindahkan semua wang ke akaun mereka, atau juga menggunakan ATM kad klon.

7. Setelah wang dipindahkan/diambil, mereka tidak tunggu lama, biasanya akan tutup terus akaun mereka supaya tidak dapat lagi dikesan.

8. Walaupun mereka menggunakan nombor luar negara, sebenarnya mereka berada di Malaysia,(roaming) bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka melalui nombor tertera itu.

Oleh itu, berhati-hatilah.Semakin banyak idea mereka , semakin ramai yang akan menjadi mangsa...

1 comment:

  1. pernah dapat sms mcm tue...geram btul..
    http://pinkfrogy.blogspot.com/2010/04/sms-cheating.html

    ReplyDelete