Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Download Mp3 : Maher Zein - Thank You Allah

Download Mp3 : Maher Zein - Thank You Allah

Ukiran Cinta™


Siapa tidak kenal penyanyi nasyid yang menjadi kegilaan ramai ketika ini, Maher Zain yang tampil dengan album berjudul Thank You Allah. Memandangkan album nasyid dari Maher Zain penuh dengan lagu-lagu keinsafan, ketuhanan dan motivasi, saya tidak melepaskan peluang membeli albumnya yang original. Kalau nak beli yang cetak rompak pun boleh, tapi lebih baik kita sokong seni hiburan yang bermanfaat seperti lagu-lagu nasyid, sekurang-kurangnya itu juga boleh dianggap sebagai ibadah kecil, moga mendapat berkat dari Yang Maha Esa.

Apa yang boleh saya katakan setelah mendengar keseluruhan lagu di dalam album Thank You Allah ialah, album tersebut memang terbaik dan berkualiti. Kesemua lagu yang terkandung di dalamnya sedap didengar belaka, terutamanya lagu Inshaallah dan Barakallah, lirik dan senikata lagunya amat terkesan di hati kita sebagai seorang Muslim. Lagu-lagu seperti itulah yang sesuai menjadi santapan jiwa dan rohani, termasuklah lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. Semuanya memberikan motivasi dan semangat baru untuk kita menempuh hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Album Thank You Allah dari Maher Zain boleh dijadikan panduan kepada penggiat-penggiat seni nasyid di negara kita, tentang bagaimana mereka harus menerbitkan album nasyid yang bertaraf global dan berkualiti, dan yang paling penting bersifat kontemporari, bermakna ianya dapat menangkap minat seluruh lapisan masyarakat dari pelbagai golongan. Negara kita ketika ini ketandusan lagu-lagu berkualiti dari pelbagai genre, alangkah baiknya jika industri muzik di negara kita kembali segar dan mantap seperti di tahun-tahun 80an dan 90an dulu.



Download : Full Album Maher Zein - Thank You Allah

1. Always Be There
2. Ya Nabi Salam Alayka
3. Insha Allah
4. Palestine Will Be Free
5. Thank You Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7. The Chosen One
8. Baraka Allahu Lakuma
9. For the Rest of My Life
10. Hold My Hand
11. Awaken
12. Subhana Allah
13. Open Your Eyes
14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)
15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)

2 comments: