Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2011

Ukiran Cinta™




Kemaskini dan berita terkini mengenai jadual pembayaran gaji bulanan tahun 2011 bagi kakitangan awam. Berdasarkan semakan blog ini setakat ini jadual gaji tahun 2011 telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara yang secara rasminya berperanan untuk menyelaraskan pembayaran gaji kakitangan awam secara amnya. Oleh yang demikian tarikh gaji 2011 adalah seperti di jadual yang disertakan.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, jadual pembayaran gaji bulanan tahun 2011 mungkin tidak jauh bezanya dengan tahun-tahun sebelum ini. Kebiasaanya juga pihak Jabatan Akauntan Negara akan menyiarkan jadual gaji di laman web rasminya beserta dengan prosedur dan arahan pembayaran kepada semua jabatan dan agensi kerajaan.




Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan tersebut jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Secara amnya jadual pembayaran gaji kakitangan awam akan dapat membantu 1.2 juta penjawat awam membuat persediaan awal dan merancang pengurusan kewangan dan perbelanjaan tahunan mereka dengan lebih tersusun dan berhemah. Untuk semakan kemaskini dan berita terkini mengenai jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2011 bolehlah merujuk di laman rasmi Jabatan Akauntan Negara.