Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , , » Sahabat Baik Tikam Belakang. Apa Nak Buat?

Sahabat Baik Tikam Belakang. Apa Nak Buat?


Tajuk entry kali ini berbunyi "sahabat baik tikam belakang. Apa nak buat?" Agak serius bunyinya. Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” (Haslinda Lukman, Majalah Cahaya Feb 06) Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan.

Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Saya yakin, bukan sahabat jenis ini yang anda mahukan. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, bagi saya seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan. Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi bagi saya seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

“Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang saya faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.

Kembali kepada tajuk diatas, "sahabat baik tikam belakang. Apa nak buat?"..Agak sukar saya nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Saya pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh sahabat baik yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Saya sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, saya lupakan sahaja. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai saya katakan perasaan apabila dikhianati sahabat baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bukan mudah bagi mereka yang ditikam dari belakang untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit.

Akhir kalam, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, anggap ianya sebagai asam garam dalam kehidupan. Kita tidak meminta untuk semua itu tetapi kita juga tidak boleh menolak apa yang telah tertulis ke atas diri dan berusahalah untuk memperbaiki kehidupan agar lebih ceria di samping sahabat-sahabat yang anda sayang. Ingatlah, apa jua yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah. So, adakah bebelan saya ini menjawab persoalan "sahabat baik tikam belakang. Apa nak buat?" Jika ada teman-teman saya di alam maya ini ingin berkongsi pendapat, apa nak buat bila ditikam/dikhianati oleh sahabat baik sendiri, you are most welcome to do so. Sharing is caring kan? Peace! No war.



8 comments:

  1. betul2..kita mmg susah nk lupakan apabila diri kita kena tikam..tp untk memaafkan yea..apa yg berlaku pd sy..sy still berkwn ngan org yg tikam blkg itu,tp x semesra dulu..

    ReplyDelete
  2. saya setuju sangat. bukan mudah untuk kita melupakan ape yang telah berlaku. saya baru sahaja mngalaminya..memang susah nak trima untuk kali yang sterusnya. dendam dihati tidak lah. tp sangat terkilan apabila persahabatan dikhanati.

    ReplyDelete
  3. emm betul...kita boleh memaafkan tapi susah untuk melupakan...perasaan benci x da tapi perasaan meluat tu banyak..=_=

    ReplyDelete
  4. Saya bru je terkena dan pedih rasenye
    sekarang sya x tahu mcm mane nk brdpn dgn die lg
    Susah saya nk lupakan dan memaafkan die

    ReplyDelete
  5. baru-baru ini , banyak masalah menimpa saya membuatkan saya stress . dan masalah ini timbul disebabkan oleh sahabat baik saya yg saya dah anggap mcm adik beradik . dia sanggup tikam belakang saya , umpat saya belakang2 sedangkan didepan saya baik gilaaaa . semuanya terbongkar bila saya kecurian telefon bimbit galaxy s3 dan pencurinya adalah dia T.T saya tak tahu mcmna nak hadapinya .

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan info yang saudara kongsikan. Sangat berfaedah dan memberi peringatan serta kesedaran. Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita daripada segala keburukan perangai kawan kawan yang bersifat begini - pandai bermain helah demi kepentingan diri, mereka sanggup mengkhianati hubungan suci tali persaudaran sesama sendiri. Sungguh menyedihkan... "Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami daripada leka dan lalai, dari hati yang hitam untuk mengingati mu, dan dari fitnah yang tidak berkesudahan, agar menjadi hamba mu yang engkau redhai... Amin....

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan info yang saudara kongsikan. Sangat berfaedah dan memberi peringatan serta kesedaran. Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita daripada segala keburukan perangai kawan kawan yang bersifat begini - pandai bermain helah demi kepentingan diri, mereka sanggup mengkhianati hubungan suci tali persaudaran sesama sendiri. Sungguh menyedihkan... "Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami daripada leka dan lalai, dari hati yang hitam untuk mengingati mu, dan dari fitnah yang tidak berkesudahan, agar menjadi hamba mu yang engkau redhai... Amin....

    ReplyDelete
  8. Btol2,saya pon ditikam belakang.dekat belakang umpat mcm2,dpan pijak semut tak mati.

    ReplyDelete