Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » 5 Punca Terlebih Berbelanja

5 Punca Terlebih Berbelanja


Berbelanja untuk diri sendiri sememangnya tiada salahnya, tetapi ia haruslah dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Berikut beberapa alasan yang sering dijadikan sebab mengapa kita sering terlebih dahulu soal berbelanja.

1) Perasaan berhak

Adakalanya kita berbisik mengatakan “aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat bekerja”. Maka akhirnya, kita akan berkunjung ke kedai dan membeli cakera padat artis kegemaran ataupun membeli gincu bibir. Ada juga di antara kita yang mementingkan nilai persahabatan dan mahu diterima oleh rakan-rakan. Ini menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan semata-mata kerana ingin diterima oleh kumpulan.

2) Sedih dan kecewa.

Sesetengah kita berbelanja apabila berasa sedih dan kecewa. Ketika bergaduh dengan teman lelaki atau adik-beradik. Kita teringin berbelanja, kononnya untuk mengubat kesedihan dan kekecewaan. Dan seringnya kita beranggapan orang lain akan memahami mengapa kita berbelanja untuk menyedapkan perasaan. Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda berkongsi kesedihan dan kekecewaan dengan seseorang yang memahami diri anda.

3) Hobi berbelanja

Hobi bertujuan untuk memenuhi masa lapang dan yang menariknya, ada di antara kita yang mempunyai hobi berbelanja. Tidak dinafikan berbelanja menjadi hobi kepada rakyat Malaysia. Lihat sahaja di hujung minggu, gedung-gedung membeli belah akan dipenuhi ramai orang yang tidak tahu bagaimana mengunakan masa lapang mereka selain berbelanja. Kita perlu sedar bahawa selain mempunyai hobi berbelanja, ada banyak lagi hobi yang lain yang lebih memberi manfaat.

4) Membeli pada harga tawaran.

Ramai diantara kita yang terperangkap dengan alasan ini. Apabila melihat harga tawaran di papan iklan, maka kita akan bersiap sedia untuk pergi membelinya. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan menangguhkan terlebih dahulu niat tersebut. Pulang ke rumah untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dan kembali semula ke kedai tersebut untuk mendapat barang yang diperlukan sahaja.

5) Menggunakan hutang dan tidak bajet.

Tidak dapat di nafikan ramai juga dikalangan kita yang mengunakan alasan sebegini, dan tidak kurang juga yang terperangkap dalam keadaan ini. Selalunya, apabila kita kekurangan wang, kita segera menyelesaikan perkara ini dengan mengunakan kad kredit. Untuk mengatasi perangkap ini, haruslah kita mengaturkan sesuatu bajet untuk menghadkan pengeluaran duit daripada kad kredit ini.




0 Komen:

Post a Comment