Di sini ada 6 keadaan yang paling bahaya dan perlu diberi perhatian dalam menjaga keselamatan hubungan pasangan suami isteri.
1. Kehidupan seks yang tidak lagi berghairah.
Hanya kerana kehidupan perkahwinan anda tidak lagi mengghairahkan, ini tidak bermakna suami anda berhak untuk berpaling tadah dan berlaku curang. Tetapi memang kenyataanya lelaki lebih mudah tergoda untuk mencari pengganti jika hubungan seksnya dengan isteri mulai hambar.
2. Isteri lepas bersalin.
Kesibukan menguruskan si kecil atau perubahan hormon selepas melahirkan boleh menyebabkan keinginan isteri untuk melakukan hubungan seks menurun. Manakala kerap juga terjadi, sikap si suami berubah menjadi seperti anak kecil selepas kehadiran bayi mereka. Dia juga menuntut perhatian yang lebih daripada si isteri yang pada pandangannya terlalu sibuk dengan si isteri.
3. Memasuki usia setengah abad.
Lelaki selalu berasa kurang selesa atau cemas ketika menghadapi kenyataan bahawa usianya sudah mencapai separuh baya. Lelaki pada tahap ini sering melakukan cubaan untuk mengembalikan sahamnya atau ingin kembali ke masa mudanya dengan melakukan perkara-perkara yang lebih mengasyikan atau mengghairahkan seperti bermotosikal besar, mengadakan hubungan dengan wanita lain tanpa perlu bertanggungjawab dengan harapan wanita itu dapat membantunya melupakan proses penuaan yang sedang di alaminya itu.
4. Pengaruh kawan-kawan
Pengaruh kawan-kawan adalah faktor yang jelas kenapa seorang suami berminat untuk mencuba. Lelaki selalunya suka berkongsi cerita dan pengalaman. Mereka jarang berahsia sesama sendiri apalagi dengan teman paling akrab. Mendengar pengalaman temannya yang sedang bercinta dengan wanita lain, membuatkan dia juga ingin merasai teruja yang serupa. Selain itu mereka juga tidak mahu berasa kalah, jadi untuk membuktikan dia juga hebat, lelaki kadang kala sanggup mempertaruhkan kebahagian rumah tangga mereka dan menjadikan kekurangan dalam perkahwinan sebagai alasan untuk melakukan hubungan gelap.
5. Mendapat jawatan lebih tinggi.
Keberhasilan di dalam perkerjaan membuat segelintir lelaki berasa dia berhak untuk menyenangkan dirinya sendiri atas susah payah yang dilakukannya sebelum ini. Sudah pasti kesempatan untuk tidak setia meningkat sesuai dengan status jawatan dan kewangannya yang makin mantap. Dan sekarang, memang ada segelintir wanita muda mengambil jalan mudah untuk kesenangan hidup. Lelaki yang sukses dalam kerjaya dan kewangan adalah pilihan mereka dan biasanya lelaki yang sudah mantap kerjaya dan ekonomi adalah lelaki yang sudah beristeri.
6. Bermasalah dengan kerjaya.
Apabila suami menghadapi tekanan dalam pekerjaan dan berasa takut di pecat, ini akan membuatkannya hilang kepercayaan dalam diri dan cepat berputus asa. Makin membuat dia tertekan, apabila isteri tidak menyokong dirinya atau membuat tekanan kepadanya. Ini akan membuatkan dia mencari seseorang untuk menutupi kelemahan dan rasa takutnya. Dengan mengadakan hubungan bersama wanita lain yang tidak tahu mengenai masalahnya, dia boleh mengalihkan perhatiannya terhadap masalah yang sedang di hadapi.
0 Komen:
Post a Comment