Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , , » Gejala Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Gejala Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Pantang nampak wanita berdahi licin, pasti membuatkan si jejaka berpaling semula apabila terlintas 'pandangan' yang sedikit memukau di matanya....barangkali. Terkadang, terasa sekadar ingin mengusik si wanita tersebut dengan tujuan untuk menarik perhatiannya melihat kepada jejaka yang sedikit perasan macho.



Senario itu biasa dilihat pada hari ini. Fitrah kejadian manusia, suka melihat kepada sesuatu yang indah, cantik apatah lagi yang menarik. Wanita, rasanya tiada lagi wanita di dunia ini yang tidak mahu nampak cantik. Pasti mahu menjaga penampilan diri masing-masing. Itu sudah tentu, jika tidak pasti mereka akan dilabel sebagai seorang yang tidak senonoh dan pengotor.

Namun demikian, apabila terlalu memikirkan bagaimana nak kelihatan cantik. Mereka 'lupa diri' hingga tidak menyedari kaedah pemakaian di tempat dan pada masa yang sesuai. Keadaan ini akan menyebabkan risiko menerima gangguan seksual adalah lebih tinggi.

Apakah yang anda tahu tentang gangguan seksual?

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) gangguan seksual adalah segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Sebenarnya tingkah laku yang dimaksudkan itu termasuklah pandangan, cadangan atau dampingan fizikal sama ada secara paksaan atau tanpa dipersetujui, yang dirasakan patut dibantah atau dipertahankan kerana ia menyebabkan mangsa berasa tidak selesa di tempat kerja.

KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan Seksual berbentuk ugutan.
  • memberi kesan langsung terhadap status
  • pekerjaan mangsa -untung atau rugi –kenaikan/penurunan pangkat/gaji
  • pekerja atasan kepada pekerja bawahan
  • rasuah berbentuk seksual.
2. Gangguan Seksual berbentuk ancaman
  • tiada kesan langsung dengan faedah pekerjaan
  • mengancam, membimbangkan, mengganggu ketenteraman, mengacau
  • menguji toleransi.
Bentuk ganggungan seksual adalah meliputi perbuatan seperti:

1. Secara lisan
Gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.

2. Bahasa isyarat

Isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual.

3. Secara visual

Gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.

4. Secara psikologi

Gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

5. Secara sentuhan fizikal

Terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

Tempat kerja
  • di majlis sosial yang berkaitan dengan tugas
  • semasa bertugas di luar tempat kerja
  • semasa mesyuarat atau latihan
  • dalam perjalanan berkaitan dengan tugas
  • tempat bekerja –semasa dalam atau di luar waktu kerja
  • melalui perhubungan atau media elektronik.
Siapa mungkin melakukan Gangguan Seksual ?
  • pegawai atasan terhadap kakitangan bawahan
  • kakitangan bawahan terhadap pegawai atasan
  • antara rakan sekerja
  • majikan (boss) terhadap pekerja
  • pelanggan terhadap pekerja
  • pekerja terhadap pelanggan ?
MANGSA BIASANYA ENGGAN MELAPOR ; KENAPA MANGSA TIDAK MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLIS
  • perasaan malu
  • takut terdedah kepada publisiti
  • implikasi sosial
  • implikasi kewangan
  • tiada prosidur aduan
  • tidak yakin kepada prosidur sedia ada
  • takut akan tindak-balas.
Jika Gangguan Seksual di tempat kerja tidak dibendung.
  • memberi kesan buruk kepada perhubungan perindustrian
  • kesan buruk kepada moral pekerja
  • mengurangkan produktiviti
  • meningkatkan cuti sakit dan ponteng kerja
  • berhenti kerja/meningkatkan kos untuk mengambil dan melatih pekerja baru
  • mengurangkan wanita bekerja
  • risiko perbelanjaan tinggi akibat tindakan undang-undang
  • mewujudkan suasana kerja yang tidak tenteram, mengancam dan tidak selesa
Cara-cara melaporkan

1. Sila buat laporan polis, atau jika tidak berani hubungi mana2 biro politik untuk dapatkan sokongan.Kes ini mempunyai merit sebagai percubaan merogol.Salinan laporan polis kemukakan kepada Jabatan Buruh untuk siasatan ke atas pengurusan Resort tersebut.

2. Hubungi MPWS atau JHEWA untuk mendapatkan kaunseling,nasihat perundangan dan sebagainya.Mereka mempunyai rangkaian yang boleh menangani kes-kes begini.

Soal maruah tidak boleh di pandang ringan,jangan malu untuk menegakkan maruah sendiri.

Harap dapat membantu.

saya nak akhiri entry kali ini dengan gambar di bawah. Sekeping gambar, amat bermakna bagi mereka yang ingin mentafsirkannya!







0 Komen:

Post a Comment