Semua kanak -kanak kecil bergaduh sekali sekala terutamanya apabila mereka bosan atau letih , Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif dari kanak-kanak perempuan . Apabila pergaduhan tidak terkawal libatkan diri anada dengan segera dengan cara-cara berikut. :
- Jika anak anda bergaduh , segera asingkan daripada kawan gauhnya.
- Alihkan perhatiannya dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
- Jangan menyebelahi anak anda, kerana apabila kanak-kanak bergaduh kita tidak tahu siapa sebenarnya salah.
- Sekiranya anak anda mengigit kawan gaduh nya atau kanak-kanak lain , beri perhatian sepenuhnya kepada kanak-kanak yang digigit itu, kemudian alihkan anak anda ke tempat yang lebih selamat dan biarkan dia bersendirian lebih kurang 15 minit.
- Jika anak anda cenderung merampas dan merentap sesuatu apabila dia mula bermain buat pertama kali dengan kanak-kanak lain, maka ajarnya cara untuk berkongsi permainan, lebih bertolak ansur dan tidak bersikap kasar kepada temanya.
- Berikan contoh yang baik untuk di ikuti nya dengan percakapan yang baik , sentiasa lemah lembut , bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
- Pastikan anda menjelaskan kepadanya , melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka bukan dirinya.
- Sentiasalah libatkan diri dan hentikan tindakkan anak anda dengan serta merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain , Bersikap tegas tapi jangan menjerit atau bertindak agresif.
- Jangan sesekali membiarkan nya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik.Sekiranya dia berjaya dengan sikapnya dia akan cenderung bersikap demikian kelak !
- Setiap perubahan dari nakal atau agresif kepada perlakuan baik harus nya diberi ganjaran pujian sebagai pengiktirafan.
0 Komen:
Post a Comment