Semakin ramai di kalangan pengguna sama ada wanita atau lelaki yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.
Biasanya, buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli kereta. Saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.
Perkara-perkara yang perlu disenggarakan pada bahagian enjin ialah:
- Menukar minyak enjin
- Menukar penapis minyak enjin
- Menukar penapis udara
- Menukar tali sawat injap
- Melaras tali sawat
- Enjin coolant (air radiator)
- Melaras kelegaan injap (valve clearance)
- Sambungan paip dan hose radiator
- Pemegang enjin (engine mounting).
Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
- Sistem penyejukan (cooling system)
- Sistem pelinciran (lubrication system)
- Sistem bahan api (fuel system)
- Sistem nyala (ignition system)
- Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
- Sistem pemula (starting system).
Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:
Menukar Minyak Enjin
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap 5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu digunakan serta mutu minyak yang dipakai.
Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
Menukar Penapis Udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut spesifikasi.
Menukar Tali Sawat Injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme injap, juga piston.
Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
- Selepas rombakan
- Apabila bunyi terialu bising.
- Melaras tali sawat
- Apabila menggantikan tali sawat yang baru
- Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
- Berbunyi.
Oleh: Kamaruzaman Mohammad
(Penolong Pengurus Latihan Metro Driving Academy)
0 Komen:
Post a Comment