Home »
Buletin
,
renungan
,
teladan
,
Umum
»
Al-Fatihah buat adik Syafia Humairah Sahari
Al-Fatihah buat adik Syafia Humairah Sahari
Ketika mengetahui tentang berita penderaan hingga membawa kematian seorang kanak-kanak bernama Syafia Humairah Sahari (3 tahun), hatiku menjadi hiba. Seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman manusia atau binatang?? hati aku amat tersentuh bila melihat jenazah berbalut kafan ketika disiarkan di TV3 waktu berita tadi sebelum aku balik dari kerja. Sangat tidak logik apabila ibu mangsa tidak mengetahui tentang penderaan tersebut. Yang mendera pula adalah teman lelakinya yang celaka. Adakah dengan sengaja si ibu menutup sebelah mata melihat arwah kesakitan dan menangis? Apakah dosa si kecil ini? umurnya hanya 3 tahun.. dia ditampar, disepak, dipijak tanpa belas kasihan...Dimanakah ibu yang patut melindungnya? langsung tidak hiraukan anak yang didera..layakkah bergelar ibu? hanya tahu bersekedudukan dgn jantan durjana TERGAMAK! KEJAM! TAK SEDAR DIRI! atau adakah si ibu memang bersubahat mendera bersama-sama jantan keparat? Mengapa pula jantan keparat boleh sesuka hati mempunyai akses ke rumah mangsa dan menderanya?
Baguslah jantan keparat dan si ibu sudah didakwa kerana bersekedudukan (hingga mengandung 4 bulan). Entah bagaimana pula dengan tuduhan mendera dan membunuh nanti. Ramai saksi yang tengok penderaan tu. Kalau akulah yang melihat penderaan itu, memang siaplah jantan keparat n celaka tu.Sekurang-kurangnya tiada sesal jika perkara yang tidak diingini berlaku.
Anak adalah AMANAH DARI ALLAH SWT. Bagi mereka yang mengetahuinya, amatlah besar ganjaran yang bakal diperolehi jika menjaga & mendidik anak-anak. Bagi yang jahil ilmu agama (atau kering hati), mereka akan tergolong sekumpulan dengan jantan keparat itu! Demi Allah yang menciptakan aku dan dikau, aku mendoakan agar hukuman setimpal di dunia dikenakan ke atas jantan keparat dan si ibu. Hukuman di akhirat, wallahualam. Betapa zalim mereka..sampai anak yang lemah dan kecil tidak bermaya itu menjadi mangsa penderaan. Aku sangat berharap agar si pendera, dijatuhi hukuman cucuh kulit dengan puntung rokok, disepak-terajang, ditampar, dipijak, dilukakan dengan cara yg sama hingga pecah buah pinggang mereka. Biar mereka merasakan penderitaan yang sama hinggalah mereka juga mati.
Datuk arwah kata dia rapat dengan arwah. Namun dia tidak tahu tentang penderaan itu kerana arwah tidak memberitahunya. Logik tak? Tu lagi satu ngok-ngek! Budak umur 3 tahun manalah tahu yang penderaan itu salah dan tak sepatutnya dikenakan ke atasnya? Jika dia tahu, pasti dia mengadu kepada setiap orang yang dia tahu. Ketika arwah didera, mungkin arwah fikir dia harus dihukum atas sebab sesuatu (yang mungkin dia sendiri tak tahu salah). Besar manakah kudrat seorang anak berumur 3 tahun untuk menahan asakan terajang dan tamparan dari jantan keparat berusia 28 tahun itu?
Apa pendapat kawan-kawan sekelian tentang kes penderaan kanak-kanak di Malaysia? Adakah hukuman yang ada setimpal untuk menakutkan bakal-bakal pendera hingga mereka berfikir 1juta kali sebelum mendera? Sama-samalah kita mendoakan diri kita agar tidak menjadi pendera. Doakan juga ketenangan roh arwah adik Syafia Humairah.. Al-Fatihah
napa jd begitu ye? peliks btl la manusia zaman sekrg ni!
ReplyDeletecmne datuk die buleh biar je anak die dok ngan laki laen. tak logik la laki masuk jail buleh dpt anak. pmpuan tu still ada laki. tak cerai tp dok ngan laki laen smpai dpt anak luar nikah. lahanat btul pmpuan cmni. name je islam tp tak ikut ajaran islam langsung
ReplyDelete