Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Usia Aku dah genap 27 Tahun

Usia Aku dah genap 27 Tahun


Salam alaik.. Malam ni tak semena mena air mata jantan aku tumpah.... tak tahu kenapa...mungkin pasal terpaksa Celebrate Birthday yang ke 27 tahun berseorangan tanpa insan tersyang disisi.Ini kali pertama aku sambut b`daY sebagai seorang suami dan sudah tentu bukan lagi seorang bujang. Entah kenapa sayu hati aku, rupanya dah semakin tua aku nih..huhuh.. umur makin meningkat.. entah cukup atau tak amalan aku nih sebagai bekalan kehidupan mendatang.Tepat jam 08.28 PM / 28.02.2010 isteri aku hantar Sms untuk wish b`day aku...

"Esk besday abg,ayg mtk maaf sbb xdpt celebrate ngn abg..tp ayg nk jd owg 1st wish besday abg.biar awl sehari..happy besday tuk abg.moga allah merahmati abg."

arghh...aku tak dapat menahan sedih bila baca sms nih...sayang isteri aku teramat sangat. Dalam masa yang sama...aku rindu mak ayah aku sangat2.. entah bila aku boleh dapat keluangan untuk cuti balik ke Penang.

Dalam waktu2 begini, teringat aku pada sambutan harajadi aku yang ke 26 tahun lepas.. huhuh.. terharunya...satu2nya sambutan harijadi yang aku aku ingat sampai bila2. Thanks a lot kepada isteriku yang bersungguh2 buat majlis meraikan harijadiku..ramai jiran tetangga yang datang siap bawak anak2 menyanyikan lagu harijadi kat aku masa tuh..huhu

Sebelum siap2 nak pergi kerja Pkl 12 Mlm nih sempat lagi aku buka Akaun Facebook. dah ada dalam 5 orang yang wish besday aku.. Thanks all... Ingat juga korang kat aku yek.. hehe :P

Alhamdulillah..Tepat jam 02.05 Am / 01 Mac 2010 nih genaplah usia aku yang ke 27 tahun.Aku amat bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang aku perolehi selama ini. Aku bersyukur di atas kasih sayang yang tidak pernah putus oleh ibu bapaku En. Ghazali dan Puan Halijah di Penang. Aku juga bersyukur diatas kasih sayang daripada ‘jantung’ hidupku iaitu isteriku Farah Shiraz Yazmin. Juga untuk kasih sayang yang aku perolehi daripada kawan-kawan, saudara mara dan dan para pembaca setia blog ini. Semoga kasih sayang dan kemesraan ini akan berterusan selamanya.

" Ya allah...kau berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk mengharungi liku2 hidup..kau tetapkanlah iman ku dan juga iman isteriku...kedua ibubapaku, ibubapa mertuaku dan adik beradikku... berikanlah kami kesihatan untuk kuat mengerjakan amal ibadat dan duduk bersembah kepadaMu.. Ya Allah berikanlah kebahagian yang berpanjangan kepada keluargkU.."

antara sebahagian doa aku masa solat isyak tadi..

~Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.~

0 Komen:

Post a Comment