Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…
ingatlah siapa dirimu
apakah asal kejadianmu
apakah tugas dan perananmu
Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…
di alam rahim kau pernah berjanji
beria-ia untuk menjadi khalifah sejati
namun bila lahir ke bumi
kau leka
kau lupa
kau terkesima
walaupun di ingatkan setiap masa
Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…
kau mudah bangga dengan secalit kuasa
kau mudah gila dan kelam mata
buat apa yang kau suka
seperti kau yang maha kuasa
Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…
kau riak dengan kebolehan yang ada
angkuh mencemuh
mereka yang tiada
kau tamak pada bicara
takbur pada perbuatan dan tuturkata
hingga kau lupa
asal kau hamba dan tetap hamba
Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…
ingatlah kau hanya HAMBA
yang sepatutnya patuh dan taat pada ‘Tuanya’
ikuti segala suruhan
jauhi segala larangan
jangan menderhaka
dan jangan berlagak berkuasa
kerana kau tiada apa-apa…
Ku nukilkan puisi ini khas buat mereka yang tidak tahu malu. mungkin diriku.. tak mustahil juga dirimu.. apa yang pasti selagi mana kita belum sedar dan enggan berubah kita adalah orang yang tak tahu malu.
Takwim Persekolahan Sesi 2025/2026
1 day ago
0 Komen:
Post a Comment