Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Nafkah Isteri Bekerja

Nafkah Isteri Bekerja

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

SOALAN

Saya mempunyai kemusykilan mengenai nafkah suami kepada isteri. Sejak awal perkahwinan lagi suami tidak pernah memberi saya nafkah (wang belanja). Apabila saya bertanya, dia berkata apa yang diberinya (makan minum dan perbelanjaan keperluan harian keluarga) yang membolehkan kami sekeluarga cukup makan itu adalah nafkah. Adakah ia benar?

Saya bekerja di syarikat swasta, saya ada ramai kawan dan menurut mereka, nafkah itu adalah duit pemberian suami kepada isteri mengikut kemampuan dia. Kadangkala saya rasa cemburu sebab kawan saya dapat nafkah daripada suami mereka sebagai tambahan belanja (peribadi) sedangkan saya tidak pernah merasa itu semua. Saya tidak kisah kalau dia bagi sedikit, asalkan ada.

Adakah benar nafkah itu tanggungjawab suami sepenuhnya (termasuklah jika isteri mempunyai pendapatan sendiri)? Adakah suami boleh meminta isteri menghalalkan nafkah yang sepatutnya diberikan kepada isteri?

JAWAPAN

Suami wajib menanggung nafkah isteri dalam erti kata memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Semua ini adalah menurut kemampuan suami sendiri. Bentuk nafkah boleh dalam bentuk wang tunai atau manfaat disediakan. Jika suami sudah menyediakan keperluan rumah tangga, ia termasuk dalam erti kata nafkah.

Jika pun isteri sudah bekerja maka suami tetap mempunyai tanggungjawab menyediakan nafkah termampu olehnya.

Jika isteri selalu membandingkan diri dengan orang lain kadangkala boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam rumah tangga.

Setiap pasangan ada cara sendiri dan kemampuan masing-masing. Bisik dengan baik pada suami hajat puan untuk diberi sedikit nafkah dalam bentuk tunai bagi membolehkan puan merasa belanja wang suami. Jika isteri sama-sama menyumbang pada nafkah, dia memperolehi pahala daripada kebaikan itu. Jika isteri ingin menghalalkan nafkah suami, dia boleh dan berhak berbuat demikian. Dalam menyelesaikan masalah ini yang terbaik ialah duduk berbincang bersama mencari kata sepakat.

3 comments:

  1. Saya ada pertanyaan... jikalau si suami cuma sediakn mkn pagi,tgh & malam(Walaupun kadang2) selebih nyer ister sendiri termasuk ngan keperluan pakai n tempat tinggal adakah perlu si isteri meminta nafkah yg sewajar nyer bagi diri beliau ?

    Dan ke 2 - Sekiranya si suami berjanji memberi sesuatu amaunt sebagai nafkah kemudian selepas 3 bulan pun masih tak mampu nak melangsaikan nya kemudian memberitahu kepada si isteri bahawa si isteri cuma layak terima amount nafkah kurang dari yg di janjikan adakah si isteri berhak utk tuntut nafkah yg dijanji kan pada mulanya..?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula nafkah untuk isteri yang tinggal berjauhan dgn suami atas tuntutan kerja?
    Lebih-lebih lagi apabila pendapatan isteri lebih daripada pendapatan suami,bagaimanakan perkiraan nafkah tersebut?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya seorang isteri yang bekerja. Saya telah berkahwin selama 21 tahun. Tetapi setelah saya dinaikkan pangkat suami saya dah tak pedulikan lagi bayaran rumah,kereta serta bayaran lain. Semua tertanggung atas saya malah dah bertahun-tahun tak belikan pakaian saya dan anak-anak walaupun hari raya. Makan minum di rumah pun kadang kala tertanggung atas saya. Saya redha pada mulanya..tapi sejak akhir ini saya mula memberontak. Adakah suami saya berdosa...

    ReplyDelete