Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Mutiara Iman

Mutiara Iman





Daripada Ibnu Umar RHM berkata : Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda :“ Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau jalanan. “

( Riwayat Al Bukhari )

ULASAN HADIS :



1. Rasulullah SAW telah membuat metafora kepada ummat bahawa kehidupan di dunia ibarat seorang pengembara atau perantau jalanan. Pengembara hanya akan berehat panjang setelah dia sampai kepada destinasi yang ditujui, selagi tidak sampai dia hanya akan berehat sementara mengumpul tenaga.


2. Dunia adalah tempat bercucuk tanam, manakala hasilnya akan diperolehi di akhirat kelak mengikut tanaman yang telah diusahakan ketika di dunia.


3. Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju. Destinasi bagi kehidupan ini adalah kubur. Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnya ia adalah dekat ( Syarah Sunan Ibnu Majah )


4. Jalan selamat di dalam kehidupan ini ialah dengan menumpukan niat dan tujuan sebenarnya manusia diciptakan oleh ALLAH. Keindahan alam dunia ALLAH SWT ciptakan adalah agar manusia mengenal ALLAH SWT dan kembali kepadaNYA.


5. Kita adalah pengembara, tumpuan kembara kita untuk sampai ke destinasi yang abadi semakin hari semakin mendekat, dan pasti akan sampai, akan tetapi adakah destinasi yang ditujui membahagiakan kita ataupun menyedihkan kita...WALLAHU’ALAM.

0 Komen:

Post a Comment