Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Terpenjara Di Alam Maya Cinta

Terpenjara Di Alam Maya Cinta





Bila kita dilamun cinta kita sering melupakan sahabat-sahabat kita. Bila kita bercinta kita mudah lupakan alam realiti. Kita sering terpenjara dalam sangkar alam maya cinta. Tanpa sedar kita menyakiti hati mereka yang selama ini setia disisi. Begitu rapuhnya cinta kita kepada sahabat-sahabat kita.

Mungkinkah kerana pada fikiran kita, kita hanya perlu menjaga perasaan kekasih yang baru kita perolehi? Kita seolah-olah lupa sahabat-sahabat kita juga punya hati dan perasaan. Kita mencari mereka bila kita sedih, kecewa dan perlukan bahu untuk menangis. Tapi mengapa bila kita bahagia kita melupakan mereka? Mengapa tidak kita kongsi kebahagiaan itu bersama mereka? Luangkan masa bersama para sahabat tidak akan mengurangkan nilai dan rasa kasih kepada kekasih.

Namun mengapakah kita sering berfikiran yang sebaliknya? Ataukah kita telah bosan bersama dengan sahabat kita yang sentiasa ada bila kita memerlukan? Tetapi pelik kita tidak pernah bosan dan jemu kepada kekasih.

Sedarlah wahai para pencinta. Setiap insan disisi kita ada peranan dan kepentingan masing-masing. Jangan lupakan sahabat bila kita dipuncak bahagia kerana akan ada suatu masa nanti kita akan jatuh kebawah. Sahabat akan menyambut kita dibawah dan membantu kita berdiri semula. Tetapi kekasih akan berlalu pergi tanpa menoleh kepada kita semula

0 Komen:

Post a Comment