Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » Tips Hebat Untuk SETIAP DATE

Tips Hebat Untuk SETIAP DATE


Ada satu ungkapan, "anda tidak akan dapat peluang kedua untuk memberikan first impression yang baik." Ingatlah, sangat penting bagi anda untuk 100% bersedia bagi memberikan first impression yang sangat hebat pada setiap date. Berikut saya senaraikan tips untuk memberikan kenangan indah pada setiap date:

1. BAYAR

Lelaki perlu bayar semuanya. Jangan sebut langsung untuk berkongsi bayaran bil makan. Jika si gadis ingin bayar bahagiannya, tolak cadangannya dengan baik. Namun jika si gadis mendesak juga, terpaksala benarkan. (ini berlaku bila si gadis tidak ingin rasa berhutang, mungkin si gadis rasakan ini date yang terakhir?)

2. LOKASI

Jangan tonton wayang pada First Date. Macam mana anda ingin mengenali sesama sendiri jika kebanyakan masa dihabiskan dengan membisu? Saya cadangkan anda keluar makan-makan. Bawa si gadis ke tempat yang selesa dan anda mampu. Jangan pula makan di restoran mahal yang anda sendiri tidak mampu bayar bilnya. Haa, nasihat saya, tak perlu terlalu 'grand' first date anda, cukup sekadar simple dan tidak menghabiskan duit yang banyak.

3. PERILAKU

Jika ingin makan malam (dinner), pastikan anda ingat Rules for Fine Dining: sekurang-kurang cubalah untuk ingat satu atau dua. Bila anda ingin menjemput si gadis, keluar kereta dan bukalah pintu kereta untuknya. Buat perkara sama apabila anda sampai di tempat yang dituju. Jika ingin makan malam pada First Date, tolong tarik kerusinya dan persilakan si dia duduk dahulu.

Jangan lambat!

4. HORMAT

Maksudnya, jangan berharap untuk mendapat sesuatu. Date bukanlah satu janji atau kepastian yang anda akan mendapat apa yang diharapkan, tetapi merupakan satu peluang untuk anda mengenali seseorang bagi mengukur tahap keserasian. Ini juga bermaksud, anda tidak boleh mengambil kesempatan seperti gangguan seksual terhadap pasangan anda.

5. YAKIN

Yakin pada diri sendiri. Cakap biar terang, jangan gugup dan menggelabah tak tentu pasal. Anggap saja si dia macam kawan lama. Ingat, anda adalah diri anda.

6. PENAMPILAN DIRI

Pakai sewajarnya dan beritahu si dia ke mana anda ingin bawanya. Ini agar si dia dapat memakai pakaian yang sesuai. Jika boleh, jangan pakai jeans. Tetapi jangan pula overdress! Mandi, sabun, shampoo, dan shave. Jika ada perfume, gunakanlah, tetapi jangan terlalu banyak!


7. PERBUALAN

Jangan fokus pada diri sendiri, tanya soalan TENTANG DIRINYA (sesuai pada semua tempat). Dengar jawapannya, dan teruskan bertanyakan soalan yang menunjukkan anda minat dan sedang mendengar dengan teliti. Jangan ghairah bercerita tentang kerjaya anda (jangan lebih 2 minit). Mungkin seronok bercerita tentang kerja kita, tapi si dia mungkin tidak faham. Oh pastikan kata-kata pujian sentiasa di mulut, tapi jangan terlebih puji! Nampak desperate pula..hehe

8. MASA

Jangan biarkan date terlalu lama. Bayangkan anda sedang makan makanan sedap-Habiskan makanan dan rasa macam nak tambah sedikit lagi. Inilah masa yang sesuai untuk tamatkan first date. Maksud lain, janganlah date di tempat yang terlalu jauh dari rumah. Habis masa atas kereta je!

9. HADIAH

Sangat menarik idea ini. Cuba berikan si gadis hadiah kecil pada first date. Tapi jangan pula beli sesuatu yang mahal- contohnya sekuntum rose sebagai cendera hati. Ingat, jangan beli hadiah besar gedabak, nanti susah pula nak bawa ke mana-mana semasa date. Oh ya, bunga rose tadi kena beli tau, jangan petik bunga kat tapi jalan pula! hehe


10. KESIMPULAN

Jika anda suka dan seronok dengan date tadi, anda ingin berjumpa lagi dengan si dia, call dan beritahu si dia. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Jujur! Jangan permainkan perasaan si dia jika anda tidak ingin meneruskan hubungan serius dengannya.





1 comment: