Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya
Barisan kedua -
Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran
Barisan ketiga -
Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking .
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat -
Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima -
Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.
Barisan keenam -
Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya
Barisan ketujuh -
Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya.
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.
Barisan kelapan -
Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
Mereka adalah manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.
Barisan kesembilan -
Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi.
Mereka di dunia memakan harta anak yatim
Barisan kesepuluh -
Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya
Barisan kesebelas -
Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka adalah manusia semasa di dunia suka meminum arak.
Barisan keduabelas -
Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah! golongan beriman dan beramal soleh.
0 Komen:
Post a Comment