Kita selalu merasakan bahawa hidup kita ni kadang-kadang tu macam tak sempurna. Rasanya setiap kerja dan hasil yang dilakukan itu mesti boleh dilakukan dengan lebih sempurna lagi. Betul?
Buat kerja di rumah, kita rasa tak elok seperti orang lain buat. Kerja-kerja di pejabat yang dilaksanakan rasanya sukar nak memuaskan hati bos kita. Betul?
Kita ini dalam menempuh cabaran-cabaran dan liku-liku hidup memang wajib berdepan dengan situasi macam ni. Nampak macam sebuah kegagalan, tapi sebenarnya tak, kak.
Bila anda merasakan bahawa setiap hasil yang anda lakukan itu belum cukup sempurna, maknanya anda masih punya keinginan untuk lebih maju lagi. Dan keinginan untuk pergi lebih jauh lagi itu akan terus mendorong anda untuk terus memacu ke arah kejayaan masa hadapan anda.
Suatu tip mudah hari ini ialah elakkan melakukan dosa-dosa kecil. Perkara ni kalau anda cuba lakukan, anda akan rasakan bahawa setiap hasil kerja yang anda lakukan itu walaupun tak sempurna, walaupun tak hebat sangat, tapi anda akan rasa tenang.
Anda tak akan cuba untuk kesal, kecewa atau berasa tewas dengan hasil kerja anda itu. Kerana apa? Kerana anda rasa ALLAH sentiasa ada bersama anda. Anda akan rasa setiap kerja anda buat tu berada di dalam pantauan penglihatan olehNYA.
Kaedah ini juga telah saya titik beratkan sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, ianya semakin menjadi sebati dengan jiwa saya. Tiada amalan yang dapat menyucikan jiwa kita selain ingat selalu ALLAH.
Banyakkan istighfar, semoga itu mampu menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Selalulah, menundukkan pandangan, kerana di situ dapat mengurangkan panahan-panahan syaitan ke pancaindera kita. Kurangkan juga bercakap, di situ mungkin juga bakal mendatangkan celaka jika kurang dijaga.
Sibuk-sibuk buat kerja, sampai lupa TUHAN tak suka. Berbuat-buat dosa, tak pernah pulak lupa yang ALLAH tak suka.
0 Komen:
Post a Comment