Hari Sabtu adalah hari untuk kita muhasabah semula kerja-kerja kita selama seminggu. Selain Jumaat, apa salahnya kita jadikan Sabtu juga sebagai medan untuk kita menjadikan sentuhan motivasi kita terus-menerus meningkat, cemerlang dan terbilang.
Senyum
Apa kata anda jadikan hari Sabtu adalah hari untuk anda tambahkan lagi senyuman anda. Tak dapat kepada semua orang, kepada kaum keluarga, kepada teman-teman rapat pun cukup. Dengan ini secara tidak langsung, anda akan turut menghantar arus ketenangan, keceriaan anda itu kepada orang lain. Bila mereka gembira, anda juga akan turut ceria dan terus tenang mendepani segala masalah hidup.
Antimalas
Sabtu adalah Hari Antimalas sedunia. Boleh buat macam tu, kak, bang, dik? Kalau hari-hari yang lain rasanya tak ada mood aje, kalau hari-hari lain rasa kurang motivasi, kita jadikan Sabtu untuk kita dapatkan semula sentuhan motivasi kita. Kita kembalikan semula aura kecemerlangan diri kita.
Berdikari
Enam hari yang lain mungkin kita banyak bergantung kepada orang lain. Setiap kerja yang dilakukan terpaksa meminta pandangan, tunjuk ajar daripada teman sepejabat, rakan di sekolah. Jadi, hari Sabtu ni kita usahakan untuk kita jadi berdikari. Setiap kerja yang dilakukan kita laksanakan sehabis baik. Berdikari itu dengan sendirinya akan melatih anda untuk lebih belajar mengenal siapa diri anda sebenarnya.
Tulen
Tulenkah anda? Tulenkah saya? Ya, ungkapan tulen ini seringkali menimbulkan kesalah fahaman di kalangan kita yang kurang memahaminya. Tulen ialah asli. Asli ialah sesuatu yang tidak ditiru-tiru. Tidak di copy and paste lah bahasa mudahnya. Jadi, Sabtu ni jadikanlah ialah sebuah hari yang something special. Tak salah bukan? Sabtu adalah sebuah hari untuk kita kekalkan ketulenan kita. Tak sama dengan hari-hari yang lain. Kalau hari lain, mungkin bangun lewat sedikit, maka Sabtu cuba bangun awal sedikit. Buat suami-suami pun sama. Andai selama ini si isteri yang menyediakan sarapan pagi, tak salah kalau Sabtu adalah hari untuk anda pula bertugas di dapur. Boleh, bang?
Untung
hari Sabtu ni ialah hari untung. Hari untuk kita mengutip seberapa banyak keuntungan di muka bumi ini. Setiap kerja itu lakukanlah ianya dengan efisien. Efisien dalam melakukan segala juga hal dan pekerjaan. Kalau hari lain segala tindak tanduk rasanya kurang cekap, tak tepat sangat, maka Sabtu ni cubalah jadikan ianya lebih lancar, bertambah-tambah baik dan semestinya anda akan menjadi lebih cemerlang dan lebih beruntung dari hari-hari yang lain.
Salam Sabtu untuk anda. Selamat bertugas, selamat bercuti. Selamat, selamat dan selamat. Semoga setiap yang dilalui berjaya ditempuhi dengan secemerlang yang mungkin hendaknya!
0 Komen:
Post a Comment