Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Ulser Mulut Memang Menyakitkan

Ulser Mulut Memang Menyakitkan

Anda tahu apa itu ulser mulut? Apa pula mata ikan? Bila sebut sahaja mata ikan, rasanya anda semua akan mudah memahami. Dalam istilah melayunya, biasa kita sebut ulser mulut ini sebagai mata ikan. Betul?

Istilah perubatannya pula disebut sebagai ulser afta. Mata ikan ini sebenarnya merupakan luka atau kudis di dalam mulut, yang terjadi berulang kali sama ada dalam satu tompok atau berkumpulan, antara tiga sehingga lima.

Mungkin ramai yang bertanya, mengapa ia boleh berlaku? Apa sebabnya dan adakah ianya ada kaitan dengan pemakanan, gaya hidup atau sebagainya?

Ulser mulut berlaku lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab seperti kekurangan zat besi, folik asid dan vitamin B 12, kurang daya tahan badan, bakteria, faktor keturunan dan mungkin juga disebabkan oleh oleh sebab-sebab yang tidak diketahui.

Biasanya ulser mulut akan dicirikan dengan kemerahan sekitar kawasan gusi di dalam mulut dan berlarutan sehingga kira-kira seminggu atau dua minggu.

Untuk menangani masalah ini, penjagaan mulut adalah amat diperlukan. Kebersihan gigi perlu sentiasa dijaga, dan amalkan juga pemakanan yang sihat. Elakkan juga pengambilan makanan yang pedas atau jus-jus yang masam.

Pesakit juga boleh menyapu gel atau krim penahan sakit.Sekiranya ulser tidak sembuh sehingga kira-kira dua minggu, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan susulan daripada doktor pergigian bagi memastikan bahawa anda tidak menghadapi masalah lain.



0 Komen:

Post a Comment