Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Pertama

Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Pertama



Alhamdulillah, setahun sudah berlalu.. hari ni genaplah setahun usia perkahwinan kami. 05 Disember... tarikh keramat buat kami.. bertautnya Ukiran Cinta yang dibina.


Ucapan dari isteri tercinta pengubat rindu dan sepi nih walaupun kami tak dapat bersama2 meraikan 1st annivessary kerana komitmen kerja... Aku di Johor dan isteri aku kat Shah Alam. aduh... peritnya rasa bila berjauhan bila dah kahwin nih. bIla la Isteri aku dapat tukar tempat tugas ke johor..


assalamualaikum,


buat suamiku tersayang...
ku titip nota penuh kasih dan sayang,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya,
terima kasih kerana menyayangi diri ini sepenuh hatimu,
terima kasih kerana mencintai diri ini dengan tulus dan ikhlas,
terima kasih sayang.


Hari - hari yang terindah di lalui bersama walaupun kita masih duduk berjauhan,
namun ..berjauhan bukan lah penghalang untuk kita bahagia bersama,
ini semua adalah dugaan dan cabaran untuk kita,
namun...kita masih bisa menempuh segalanya dengan tabah,
terima kasih sayang kerana memahami situasi ini.


cinta yang bersemi takkan pernah pudar,
meskipun usia perkahwinan semakin bertambah,
biar apa pun dugaan yang mendatang,
ku harap kita kan dapat bersama menharunginya.


salam sayang buatmu suamiku tercinta,
selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama.


terharunya baca mesej nih...aku harap cinta yang tersemai indah ini berkekalan hingga akhirat sana.. Buat isteriku...abg amat menyayangimu, thanks kerana menerima abg seadanya. Moga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..


Allahumma Ya Allah,
Jadikanlah kami suami isteri yang mencintai di kala dekat dan jauh yang saling menyayangi di kala senang dan susah,
yang saing mengasihi di dalam sendu dan tawa..

Allahumma Ya Allah,
jadikanlah kami pasangan suami isteri yang bersatu kerana redhaMu dan jadikanlah baitul muslim kami ini landasan menuju cintaMu..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
terimalah ibadah kami ini,
satukan kami di taman syurgaMu nanti.

Ya Allah, tiadalah dua impian kami melainkan izinkanlah kami untuk bertemuMu wahai pemilik cinta yang maha agung juga kekasihMu khaatimul anbiya Muhammad al mustafa (SAW).

Amin, amin ya robbal 'alamin


p/s: Terima kasih kepada keluarga, sahabat2 dan pengunjung blog yang wish 1st annivessary kami.

2 comments:

  1. hapy 1st anniversary day =) smoga happy selalu yer =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah & selamat hr ulangtahun perkahwinan yer

    ReplyDelete