Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » » "Tapi Allah Bagi Apa Yang Kita Perlu" - Keserasian Antara Pasangan

"Tapi Allah Bagi Apa Yang Kita Perlu" - Keserasian Antara Pasangan


Sedar atau tidak, bila bercinta kita sebenarnya seolah-olah terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri. Indahnya memang tak terkata, bahagianya memang tak terucap, dan manisnya memang tak terduga. Tapi dalam kemanisan cinta tu mesti ada turun naik seperti bursa saham kan? dan kita sendiri kena ingat, untuk mengekalkan sesuatu hubungan, saya yakin itu bukanlah perkara yang mudah. Lagi lagi hubungan "couple", kalau hubungan yang halal tu insyaAllah, tapi kalau hubungan "couple", saya tak pasti walaupun diri sendiri pernah mengalaminya.


Orang cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana yang sempurna itu belum tentu boleh menjanjikan kebahagiaan. Ada juga yang cakap Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Terlalu subjektif kan? Apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah keserasian; di mana pasangan boleh saling mempercayai, boleh saling bertolak ansur, dan masing-masing boleh berlaku jujur, memahami antara satu sama lain.

Bagaimana untuk mengenali keserasian antara pasangan.

Tidak bosan


Keserasian antara pasangan katanya tidak pernah merasa bosan. Pasti ada perkara yang ingin dikongsi, dan dicerita. Bukannya bercakap, lima minit seterusnya terus terkedu, tidak tahu apa yang ingin dibicarakan. Ni kalau kahwin, dalam rumah memang dua dua senyap agaknya.


Jujur


Kejujuran memang antara elemen penting dalam sesebuah hubungan. Jujur itu bagaimana ye? Dalam erti kata lain, jujur ni adalah bercakap benar atau juga berterus terang. Kalau ada yang tidak menyenangkan, jangan pendamkan saja. Tapi kita perlu ingat, jika sepanjang hubungan tu, kita ada menipu atau tidak jujur dengan pasangan, maknanya ada lah yang tak kena dengan hubungan tu. Secara tidak langsungnya, keserasian itu juga perlu dilihat dari kejujuran pasangan.


Saling memahami


Selain dari kejujuran, keserasian pasangan juga boleh dilihat melalui sifat saling memahami antara pasangan. Bila kita tahu, pasangan kita boleh menenangkan kita di saat kita tengah berduka. Malah, saling memahami ini juga perlu dilihat apabila pasangan kita dapat membaca apa yang kita rasa, dan juga memahami sesuatu yang tersirat.


Ok, saya rasa itu je kot untuk kali ni. Kalau ada yang perlu ditambah silakan, dan kalau ada yang salah saya mintak maaf. Kebebasan bersuara kan? Apa-apa pun, masing-masing punya pendapat dan perspektif yang berbeza.





"For every heaven there is a hell, for every right there is a wrong, for every hurt there is a cure"

“If you see a friend without a smile; give him one of yours.”




0 Komen:

Post a Comment