Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » , » Fadhilat Bulan Rejab

Fadhilat Bulan Rejab


Sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat” Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W lagi “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & Bulan Ramadhan bulan umatku”

Mulianya Rejab dengan malam ISRAK’MIKRAJnya..
Mulianya Sya’ban dengan malam NISFUnya...
Mulianya Ramadhan dengan LAILATUL QADARnya...


Rejab bermaksud ta’zim(kebesaran, keagungan, kemuliaan),kerana di bulan Rejab inilah Allah akan melimpahkan rahmat-Nya serta kemurahan-Nya.Berpuasa di bulan Rejab juga dikatakan adalah amalan terbaik untuk dilakukan.Mengikut makna hadith Rasulullah S.A.W mengenai kelebihan bagi orang – orang yang berpuasa di bulan Rejab adalah seperti di bawah :-

  • Bagai berpuasa selama 40tahun serta mendapat keredhaan Allah dan syurga tertinggi.
  • Mendapat kemuliaan besar daripada Allah seta dilipat kali gandakan pahalanya.
  • Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah serta dijadikan sebuah parit bagi menghalangnya ke neraka.
  • Diselamatkan daripada siksaan di akhirat kelak serta fitnah dajjal.
  • Aman dari azab kubur.
  • Dibangkitkan dari kubur dengan muka yang bercahaya.
  • Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Keluar dari kuburnya lalu menyeru “LAAILAHAILLALLAH” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Allah memperkenan semua perminttan serta hajatnya dan dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuknya terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 3000 tahun.
  • Saidini Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Allah mengampunkan kesemua dosa2nya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan.
  • Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya serpeti puasa 100,000 tahun.
  • Dapat meilhat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Dibina sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab serta beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, maka diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti

  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Israa': 1)


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Beramal lah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.



3 comments:

  1. allahuakbar....terima kasih mengigatkan ttg kebaikan/fadhilat bulan Rejab...izinkan saya mengcopy untk dishare dlm blog saya..mudah2an ada kesedaran tentangnya..kekadang ada yg terlupa.

    ReplyDelete
  2. miss_hunaif ~> p@kcikLie

    terima kasih kerana sudi singgah d blog kami...
    jgn lupe share juge dgn kami if ade maklumat atau ilmu yang ingin dikongsikan bersama...tq ^_^

    ReplyDelete