Sertai Kami di Facebook

Please Wait 300 Seconds...!!!

x
Home » Alhamdulillah, Genap 3 Tahun Usia Perkahwinan Kami

Alhamdulillah, Genap 3 Tahun Usia Perkahwinan Kami


Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3 (5 Disember). Alhamdulillah
Sayang... terima kasih atas kesabaran melayan kerenah abang...terima kasih kerana sentiasa menemani dan memahami..terima kasih kerana sama-sama mengharungi detik-detik susah senang bersama..terima kasih atas segalanya...Moga cinta kita kekal hingga ke Syurga...Terima kasih Ya Allah atas kurniaan permata hati buat kami Nur Jannatul Zahirah...Sayang, I always love u so much!!!

Sayang,
Doaku, Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami.

Buat Isteriku Tercinta : Farah Syiraz Yazmin



1 comment: